Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAID IBRAHIM AMPU BN/UMNO HABIS-HABISAN



Monday, November 21, 2011

Zaid Ibrahim mahu BN terus kukuh di Putrajaya


Kerajaan Rakyat l Bila Datuk Zaid Ibrahim berkata; "Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan", maksudnya beliau telah memberi endorsement kepada Najib, Muhyiddin dan Barisan Nasional untuk terus berada di Putrajaya. Bagi saya, keputusannya untuk tidak meletakkan calon KITA di kawasan Parlimen Pagoh dan Pekan adalah sesuatu yang bijak dan saya berterima kasih untuk itu. 

Saya kira pertandingan dua penjuru di Pekan dan Pagoh antara Pakatan Rakyat dan BN adalah yang terbaik.


KOTA BAHARU 21 Nov. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sementara Ahli Parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zaid berkata, walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.

"Ini bererti kita tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan.

"Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut,” tambahnya.

Beliau berkata, KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan wakil rakyat sedia ada. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.