Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

03 September 2012

SEDIH : RAMAI TAK GANTUNG JALUR GEMILANG


Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita berasa sedih dan sayu kerana tidak ramai rakyat yang mengibarkan Jalur Gemilang di rumah maupun pada kenderaan mereka. Keadaan ini berlaku sejak tiga empat tahun ini. Apa puncanya?

Ramai beranggapan bahawa semangat patriotik rakyat semakin hari semakin pudar kerana sikap pemerintah yang seolah-olah menjadikan sambutan HarI Kebangsaan sebagai acara untuk berkempen bagi parti mereka  bukan lagi untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara. Tokoh-tokoh yang disanjung dan diraikan pun semuanya tokoh-tokoh parti mereka sedangkan di sana ada pejuang-pejuang sejati yang menentang penjajah seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh dan sebagainya. Namun nama-nama besar ini dikesampingkan.


Lebih teruk lagi tahun ini kerajaan menggunakan tema Janji Ditepati suatu tema yang langsung tidak berkait dengan semangat kemerdekaan dan patriotik sebaliknya ia seolah-olah memaksa rakyat supaya mengaku bahawa semua janji Umno/BN telah ditepati. Sedangkan rakyat berada dalam kesusahan dan keperitan sekarang. Tidak pernah berlaku sebelum ini rakyat menentang Tema Hari Kebangsaan. Pembangkang juga sebelum ini tidak pernah mencipta dan menggunakan tema Hari Kebangsaan mereka sendiri. Tetapi tahun ini jelas tema itu adalah tema politik kempen BN maka sudah pastilah ia tidak sesuai digunakan.


Kerajaan BN lupa bahawa rakyat yang menyokong mereka dan PR adalah lebih kurang sama sahaja jumlahnya. Malah di Semenanjung sokongan rakyat kepada PR mengatasi BN. Mereka lupa bahawa sambutan Hari Kebangsaan semestinya diraikan oleh semua lapisan rakyat merentasi ideologi politik, bangsa, agama dan warna kulit. Namun sehingga ke hari ini parti-parti bukan Umno/BN tidak dijemput untuk bersama-sama dalam perbarisan menyambut Hari Kebangsaan seolah-olah mereka adalah kaum pendatang tanpa izin (PATI).


Jadi siapa yang harus dipersalahkan jika rakyat tidak mahu mengibarkan Jalur Gemilang dan menjauhkan diri dari sambutan Hari Kebangsaan ...........rakyat salah atau kerajaan Umno/BN salah?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.