Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HABIS LA BN KALI NI YOB OIIII !

26 September, 2012

Pakatan Rakyat Tawar Gaji Minimum RM1,100, BN Hanya Tawar Gaji Minimum RM900

KUALA LUMPUR 26 SEPT: Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam dalam Belanjawan 2013 yang bertemakan ‘Ekonomi Rakyat, Negara Berkat’.Selain itu menaikkan bantuan kebajikan kepada RM550 sebulan bagi meringankan beban golongan miskin.Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam taklimat belanjawan yang diadakan hari ini, penetapan gaji minima tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam.

Kata Anwar, kenaikan tersebut bakal melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion dan mampu memberi kesan kepada kenaikan gaji dari pelbagai sektor lain dengan kenaikan dalam lingkungan dua hingga lapan peratus.

"Meningkatkan Pembayaran Kebajikan daripada RM300 sekarang kepada RM550 sebulan yang boleh membebaskan 84,000 keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras RM500 sebulan daripada kemiskinan,” kata Anwar.


Selain itu semua data dari agensi kerajaan termasuk Risda, Felcra dan lain-lain akan disatukan ke dalam pengkalan data Jabatan Kebajikan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan one-off sebanyak RM500 kepada golongan yang terjejas akibat kejatuhan harga getah dan lain-lain komoditi.


Dalam belanjawan yang terlebih dahulu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu turut menyasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2013 sebanyak 5.2 peratus dengan kadar inflasi 3.0 peratus.


Dalam taklimat yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu, Anwar turut mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sering gagal mencapai unjuran yang disasarkan.


Taklimat Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pemimpin lain dari ketiga-tiga parti pakatan itu. ~selangorku

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.