Bajet Pakatan tawar ‘lebihan wang di poket rakyat’
26 September 2012
Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.
Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).
Bajet PR 2013 akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan membangkitkan isu intergriti dan unjuran ekonomi negara dalam Bajet 2013 kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dibahaskan di Dewan Rakyat mulai minggu depan.
Menurutnya, kedua isu itu perlu dipandang serius kerana kegagalan kerajaan BN untuk mencapai tahap unjuran pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan pada setiap tahun.
"Kegagalan unjuran dan unjuran defisit tidak pernah mencapai oleh kerajaan BN, jika satu peratus kegagalan pertumbuhan ekonomi bermakna gagal berkembang RM20 bilion setahun.
"Isu yang dibawa oleh PR akan dipandang serius dan bajet yang dibentang kerajaan Jumaat ini perlu dipandang serius," katanya pada sidang media sempena Majlis Pembentangan Bajet Pakatan Rakyat 2013 yang bertemakan "Ekonomi rakyat negara berkat".
Sebelum ini, ramai pemimpin BN mendakwa jika mengikut Buku Jingga yang menjadi panduan PR akan memufliskan negara.
Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata PR sebulat suara bersetuju untuk menetapkan enam peratus pertumbuhan setiap tahun di negeri-negeri PR untuk membentuk ekonomi yang mampan.
Tambahnya, Bajet PR 2013 mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang diagihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum.
0 orang berkata:
Post a Comment