25 September 2012
BUKAN ISLAM TAK TAKUT HUDUD
Ketika
masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh
PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus
responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan
keadilan kepada semua.
Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.
"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.
Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.
Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.
Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.
Jelas sekali rakyat bukan Islam telah mula menerima keadilan Islam khususnya hukum hudud. Malangnya kerajaan yang ada sekarang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat penerangan tentang keadilan hukum Islam. Sebaliknya ada di antara pemimpin kerajaan yang beragama Islam sendiri tidak suka malah menghina hukum Islam.
Pemimpin kerajaan sekarang juga membiarkan hukum Islam di hina oleh rakan kongsi mereka dari parti komponen BN khususnya MCA.

0 orang berkata:
Post a Comment