Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Innalillahi wainna ilaihi rojiuuuuun !



Wednesday, September 26, 2012

11 Januari 2006 Dr Mahathir menulis surat mohon sokongan George Soros

11 Januari 2006 Dr Mahathir menulis surat mohon sokongan George Soros
"Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.

Empat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

Dalam surat 11 Januari 2006 itu, Dr Mahathir berkata beliau menulis menjemput Soros untuk memberi sokongan kepada usaha tersebut bagi mencapai muktamad hak asasi manusia - hak kepada kehidupan.

Kedua-duanya yang berusia 80-an - Mahathir 87, Soros, 82 - terbabit dalam perang mulut sewaktu krisis kewangan Asia, dengan Dr Mahathir memanggil Soros "dungu" dan menyalahkannya mencetuskan kekalutan tersebut, manakala Soros pula membalas dengan menyifatkan perdana menteri Malaysia itu sebagai "ancaman kepada negaranya".

Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros.

Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004.

"Apa juga yang mungkin menjadi perbezaan antara kita, kita nampaknya mempunyai pandangan yang sama mengenai perang, iaitu tentang pembunuhan manusia dalam mengejar agenda nasional," kata Mahathir.


Sep 23, 2012
Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan. George Soros sebelum ...
Aug 12, 2012
(REUTERS) - Billionaire investor George Soros had a lot to celebrate on Saturday evening: his 82nd birthday and the engagement to his much younger girlfriend Tamiko Bolton. Mr Soros and Ms Bolton, who met in the spring ...
Sep 24, 2012
Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran asing (forex) dinaikkan ...
Nov 30, 2009
SOROS REPLY TO MAHATHIR .... 6 billion Perwaja steel mill where nobody even know where the money goes, 3 billion bank Bumiputra scandal where George Tan bribed all the bank officials to lend him the money.. 6 billion ...
Aug 27, 2012
Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush. Beliau melaporkan ... Soros: Blamed For Dr M's Currency Gambling, Now Bogeyman For Najib's Scorpenes ...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.