Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATEE ? KOLO YEPUN LAPOR POLIS LE ! BONGOK !



26 September, 2012

Hassan Ali Dakwa Anuar Ibrahim Hina Islam Di London

KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina Islam dengan kenyataannya mengatakan “umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka” dua hari lalu di London.Hasan dalam sidang medianya hari ini mengecam Anwar dan melabel pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri yang bermasalah dengan kecelaruan emosi di pihak beliau.

"Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.“Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan (gambar).“Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau,” katanya.

Dalam laporan Utusan hari ini, Anwar dikatakan mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman.Penulis artikel Eddie Barnes berkata, “Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi’’.

Hasan juga menyamakan kenyataan Anwar tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh ahli parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang menulis di dalam laman mikro Twitter yang mengatakan umat Islam membuang masa menyertai demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap filem “Innocence of Muslims” pada minggu lalu.

Pada pendapat saya, kenyataan Anwar ini dilihat sama dari segi nada dan pengertiannya dengan apa yang disebutkan oleh Ngeh,” kata Hasan.Hasan turut meluahkan rasa kesal ke atas kenyataan Anwar tersebut dan menggesa para ulama untuk menyatakan pendirian terhadapi isu ini dan mahu orang ramai menilai sejauh mana kenyataan tersebut menjejaskan aqidah dan keimanan seseorang muslim atau tidak.

Jesteru, Hasan menggesa Anwar meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab ke atas kenyataannya tersebut. ~tmi

Addin :

Yang jiwa kacau adalah Hassan Ali setelah di buang oleh PAS. Umum mengetahui, dari pendedahan yang dilakukan oleh Khalid Samad bahawa Hassan Ali cukup teringin untuk menjadi MB Selangor. Tetapi hasrat beliau tidak tercapai sehingga saat pemecatan beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.