Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 26 September 2012

Gambar Tok Guru Nik Aziz Di Hospital Tersebar


WALAUPUN DI HOSPITAL YAB TG NIK AZIZ TETAP BERI SOKONGAN KEPADA NGO ROYALTI DAN MOHON RAKYAT KELANTAN TURUN KE PUTRAJAYA 2 & 3 OKTOBER 2012 NANTI.-- SEBARKAN

Pada jam 3.30 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia rombongan NGO Gabungan Profesiona
l Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R” telah mengziarahi YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Pertemuan tersebut yang diketuai oleh Dr Syed Khalid, Naib Presiden NGO ROYALTI telah mendapat berberapa pesanan daripada YAB Tuan Guru antaranya 3 pesanan dari beliau iaitu;-

i. Rakyat Kelantan dan Malaysia kena turun beramai-ramai menyertai program Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya pada 2 dan 3 Oktober 2012 nanti anjuran NGO ROYALTI.

ii. Sekiranya tidak dapat hadir bersama-sama rombongan Konvoi Mega nanti, rakyat Kelantan diminta untuk sama-sama membuat Solat Hajat dan Berdoa agar perbicaraan kes Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 3 Oktober 2012 memihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

iii. Dan seboleh-bolehnya pakat ramai-ramai buat, kibar bendera dan pakai sticker “R” kenderaan di seluruh Kelantan dan Malaysia.

Pada pertemuan tersebut YAB Tuan Guru juga sudi untuk memakai baju t-shirt R dengan menunjukan simbol tangan “R” menggunakan bahasa isyarat Orang Kurang Upaya Bisu dan Pekak bagi menyatakan solidariti@sokongan kepada perjuangan NGO ROYALTI yang kini makin mendapat sokongan padu dari seluruh Rakyat Kelantan dan Malaysia termasuk NGO dari Terengganu, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut hak hasil bumi Negeri di kembalikan seperti asal tertubuhnya di Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia tahun 1963.

“Biar pun beliau sedang keuzuran dan sedang berehat di wad, namun masih bersemangat memberi nasihat kepada kami untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan sejak sekian lama.

“Malah kesediaan Menteri Besar untuk hadir pada Ceramah Mega R Tuntut Royalti Putrajaya yang akan di Shah Alam malam 2 Oktober ini amat kami hargai,”

"Kami ingin mengajak seluruh Rakyat Kelantan dan Malaysia mendoakan YAB Tuan Guru agar ceat pulih untuk bersama-sama hadir ke program 2 dan 3 Oktober nanti"

Justeru itu pihak NGO ROYALTI mengajak seluruh Rakyat Kelantan yang berada di seluruh Negara untuk hadir beramai-ramai program NGO ROYALTI nanti iaitu

KONVOI MEGA R TUNTUT ROYALTI KE PUTRAJAYA, 2 Oktober 2012, perlepasan jam 7.30 pagi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu yang dijangka akan mengumpulkan lebih 600 buah Kenderaan dengan penyertaan lebih 3,000 orang peserta seluruh Kelantan.

SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MEGA R TUNTUT ROYALTI KE PUTRAJAYA, 2 Oktober 2012 jam 7 petang di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor yang akan dihadiri oleh;

# YBrs Sdra Nazri Deraman, Presiden R Malaysia (Kelantan)

# YBrs Sdra Hj Fauzi Abu Samah, Presiden MAMPAT (Terengganu)
 
# YBrs Sdra Zainnal Ajamain, Gerakan Nasionalis – GANAS (Sabah)
 
# YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
 
# YB Dato Husam Musa,
Pengerusi Jk Tuntutan Royalti & Pendaratan Minyak dan Gas
Kelantan
 
# YB Tan Sri Ibrahim Menudin, Wakil Pimpinan Sabah
 
# Wakil Pimpinan Sarawak
 
# YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
 
# YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP
 
# YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
 
# YAB Tuan Guru Dato Seri Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

PROGRAM HIMPUNAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN TUNTUT ROYALTI pada 3 Oktober 2012, jam 8 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya.

PROGRAM SERAHAN MEMORANDUM DAN 150,000 REFERANDUM TANDATANGAN RAKYAT KELANTAN TUNTUT ROYALTI kepada YAB Dato Sri Perdana Menteri Malaysia pada jam 2 petang, 3 Oktober 2012.

PROGRAM PIKET AMAN R TUNTUT ROYALTI DI MENARA PETRONAS, KLCC pada jam 6 petang 3 Oktober 2012.

Porgram-program ini diatur bagi memberi signal kepada pemimpin Malaysia supaya Perdana Menteri menyatakan dengan tegas dalam pembentangan bajetnya pada 28 September 2012 agar membayar tuntutan royalti minyak dan gas Negeri Kelantan yang tertunggak sejak 2004 hingga sekarang (2012) dianggarkan minimum RM7 Billion kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Pihak NGO R mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012 yang lepas melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dibatalkan dan bayaran segeran WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5% dibayar segera kepada akaun Kerajaan Negeri Kelantan.

Untuk itu pihak NGO R ingin memohon respon daripada Perdana Menteri berkenaan Mmemerandum Menolak Jawantankuasa Bayaran Tunai yang telah dihantar pada 7 Ogos 2012 lalu yang diserahkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi rasmi dibawah Jabatan Perdana Menteri di Negeri Kelantan.

Pihak Ngo R menolak Jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah dimeterai antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. Malah penyelesaian isu pembayaran Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.

Pihak kami menuntut Wang Royalti/ Bayaran Tunai dibayar SEGERA kepada Kerajaan Negeri.


“R TUNTUT ROYALTI”


Dr Syed Khalid Abdullah
Naib Presiden NGO ROYALTI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.