Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

06 September, 2012


Gambar Banner Tuan Guru Hj. Hadi Di Carik-Carik Oleh Samseng Tersebar


KUALA SUNGAI BARU - Satu laporan polis telah di buat di balai polis Masjid Tanah di mana banner ucapan selamat menyambut ramadan dan ucapan kemerdekaan negara ke 55 telah di khianat.
Menurut Penyelia PAS Dun Kuala Linggi Ust Julas laporan ini di buat agar pihak polis dapat menjalankan siasatan yang selengkap dan dapat menghadapkan mereka yang bertangungjawab ke muka pengadilan.
Dalam ulasan Ust Julas, Penyelia Dun Kuala Linggi beliau menyatakan bahawa hal ini adalah satu yang kerterlalun kerana ia telah sama sekali lari dari norma masyarakat ketimuran yang sentiasa hormat menghormati dan ia mewujud serta meyemai semangat kebencian antara parti politik dan di khuatiri bakal menyebabkan hilangnya keharmonia di kalangan masyarakat di sini.
Beliau berharap agar pihak polis dapat menjalankan sisatan dan kami dari pihak PAS MTD Kuala Linggi sentiasa membantu dalam sisatan ini.
Turut sama membuat laporan polis ialah ketua urusan pemuda pas MTD Kuala Linggi Suadara Razak Bin Jantan yang kesal dan sedih atas kejadian yang berlaku dan mengharap agar pihak yang melakukan perkara ini dapat di adili ini kerana ia melibatkan maruah parti kami dan maruah Tuan Guru Presiden serta Penyelia Dun kami.
Beliau turut menyatakan kesudian seluruh ahli pemuda PAS Dun kuala Linggi dalam membantu siasatan pihak polis . Pihak Polis juga di harap dapat menyalankan siasatan yang adil mengenai hal ini.

~FB PAS Kuala Linggi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.