Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

09 September, 2012

Majlis Syura Bersidang, Isu Ust. Nasha Jadi Fokus

KUALA LUMPUR - Majlis Syura, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar Pas, sedang bersidang dengan kehadiran bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin kelihatan tiba di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut, jam 8.55 malam tadi sementara pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti itu yakin beliau akan 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Media telah menanti kedatangan beliau sejak jam 7 petang tadi.

Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam.


Difahamkan mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas.


Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau, yang juga Ahli Parlimen Bachok, agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud. ~
sinarharian

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.