Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih hina daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.

NONEJusteru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

"Adakah gambar lebih suci daripada masjid, rumah Allah?" soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.