Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hari Malaysia-Perutusan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

0
0
  
Print Friendly

16 September 1963 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan Sabah dan Sarawak beserta Persekutuan Tanah Melayu — yang merdeka sebelumnya pada 31 Ogos 1957 — membentuk sebuah negara bernama Malaysia. Bertitiktolak dari situ, semangat Federalisme yang dipersetujui bersama sewajarnya menjadi semakin utuh, kuat dan terus dihormati.

Ini juga kesempatan untuk kita menyingkap lembaran sejarah, melakar dengan tinta emas pengorbanan para pejuang terdahulu sehingga pembentukan Malaysia. Kita bersyukur kerana berjaya mengekalkan keamanan dan bermulanya asas pembangunan negara.

Namun yang dimusykilkan adalah bentuk kecuaian malah penyelewengan dari semangat kelahiran negara yang menjanjikan kesaksamaan dan keadilan. Masih ramai rakyat di Sabah dan Sarawak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Rakyat Sabah, misalnya, dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur asas walaupun hampir setengah abad mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963.

Justeru, KEADILAN dan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di setiap negeri dan sejajar dengan semangat Federalisme akan menjamin agihan ekonomi yang lebih adil dan seimbang.

Kini sudah tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah untuk bangkit dan melakukan perubahan. Bersama kita jayakan hasrat murni untuk melahirkan sebuah kerajaan yang adil dan saksama demi kebaikan rakyat seluruhnya.
Selamat Hari Malaysia!


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/15/hari-malaysia-perutusan-dato-seri-anwar-ibrahim/

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.