Himpunan protes: Kami ada strategi sendiri, kata polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Noor Rashid Ibrahim (kanan) ketika di Pasar Seni, semalam.
 
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menegaskan pihaknya mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi perhimpunan membantah filem Innocence of Muslims kerana mempersendakan Islam dan Rasulullah SAW yang akan diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat hari ini.

Mohamad Salleh berkata demikian ketika mengulas berhubung persediaan dari segi keanggotaan serta kawalan yang akan dilakukan sepanjang perhimpunan itu berlangsung.


"Apa yang saya boleh cakap, kita ada perancangan sendiri untuk menangani perhimpunan itu," katanya selepas program Walkabout kontinjen Kuala Lumpur di Pasar Seni, di sini, semalam.


Perhimpunan itu akan disertai Pemuda Pas, Pemuda Umno dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.


Sebelum ini, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) menyatakan hasrat untuk menyertai Umno dan Pas membuat bantahan terhadap filem itu kerana menyifatkan sebagai tanggungjawab umat Islam.