Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 21 September 2012

Umat Islam Kota Bharu Bantah Filem Anti-Islam


(Tuan Guru Nik Aziz membakar replika CD filem pendek yang menghina Nabi Muhamad saw)


KOTA BHARU:
Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.

Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.

Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.

Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.

Bantahan  yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.

Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang.

Berikut adalah gambar-gambar di Kota Bharu pagi ini.



(Orang ramai melihat replika CD filem pendek hina Nabi dibakar)


(Ketua Muslimat, Siti Zailah berucap membantah filem itu)


(Antara Muslimat yang hadir dengan memakai 'headband' 'Kami sayang Muhamad')

Ribuan berarak ke kedutaan AS bantah filem anti-Islam



 
Kira-kira 5,000 umat Islam berhimpun di Masjid Tabung Haji sebelum berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengecam filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Demonstrasi Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW anjuran Pemuda PAS diketuai Naib Presiden PAS Salahudin Ayub.

NONETurut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan, barisan exco Pemuda, Angkatan Muda PKR (AMK) dan wakil-wakil NGO yang turut sama-sama memberi sokongan mengutuk penyiaran filem tersebut.

Perarakan tersebut dikawal Unit Amal PAS turut membuat rantai manusia - yang bergerak di hadapan peserta perhimpunan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.