Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS Pusat tidak bincang isu pemangku Azizan

September 04, 2012
Azizan (tengah) bersama naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar tiba ke konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star, January 14, 2012. — Gambar file 
 
KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS Pusat berkata pihaknya tidak pernah membincangkan berkenaan jawatan pemangku menteri besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana perkara itu merupakan bidang kuasa kerajaan negeri.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, isu kesihatan Azizan tidak menjejaskan urusan kerajaan negeri kerana exco berkuasa untuk menggantikan beliau dalam program-program rasmi kerajaan negeri tersebut.

“Tidak berbangkit soal pemangku MB walaupun kesihatan dia semakin kritikal, PAS Pusat tak pernah berbincang perkara ini.

“Tiada sebarang masalah berhubung isu di Kedah, exco boleh ganti dalam menteri besar dalam program rasmi negeri, kecuali mesyuarat exco,” katanya dan menambah minggu ini Azizan akan hadir mempengerusikan mesyuarat exco negeri terbabit.

Jelas Mustafa lagi, urusan kerajaan PAS Kedah setakat ini berjalan seperti biasa dan PAS Pusat juga menurutnya tidak campurtangan dalam urusan mentadbir negeri terbabit.

“Urusan kerajaan negeri, kerajaan (PAS) Pusat tidak campurtangan, urusan semua berjalan macam biasa.

“Baru-baru ini pun dia (Azizan) hadir ketika hari terbuka PAS Kedah, itu menunjukkan kesihatan dia semakin baik,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.

Mengulas berkenaan cadangan parti Gerakan Kedah yang mahu mewujudkan jawatan timbalan MB, Mustafa juga hanya menyerahkan kepada kepada kerajaan negeri terbabit untuk membuat keputusan.

“PAS Pusat tidak campur tangan,” katanya lagi mengulangi pendirian PAS Pusat untuk tidak mencampuri urusan kerajaan negeri.

Dipetik Bernama, Pemuda Gerakan Kedah  menyarankan supaya kerajaan negeri Kedah meminda perlembagaan negeri bagi mewujudkan jawatan timbalan MB.

Menurut ketuanya, Tan Keng Liang, keadaan itu dilihat perlu bagi membantu tugas Azizan yang kerap mengambil cuti atas faktor masalah kesihatan.

“Pulau Pinang dan Kelantan yang dikuasai pakatan pembangkang boleh melantik timbalan ketua menteri dan timbalan MB, mengapa Kedah tidak boleh melakukannya,” katanya.

Jelas Tan,  akibat masalah kesihatan, Azizan tidak dapat mengadakan mesyuarat exco kerajaan negeri selama tiga minggu berturut-turut sejak Ramadan lalu.

“Tiada mesyuarat exco bermakna banyak perkara penting membabitkan rakyat yang memerlukan persetujuan menteri besar tertangguh.

“Keadaan ini menyebabkan rakyat terbeban dan kesusahan. Malah kestabilan politik juga boleh terjejas. Sekiranya jawatan timbalan MB diwujudkan perkara ini dapat dielakkan,” katanya.
Difahamkan mesyuarat exco yang dijadual hari ini juga tidak diadakan kerana Azizan belum bertugas kerana tidak sihat.

Azizan juga tidak menghadiri jamuan Hari Raya MB yang diadakan di sini pada Sabtu lalu.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.