Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perak. 4 lagenda kesayangan Najib akan kembali bertanding

  
Print Friendly

 oleh: al-Husseyn

wajah2 kesayangan Najib!

Dilaporkan, bahawa empat Katak Lagenda Perak telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding dalam PRU-13 akan datang ini.

Angkara empat Katak tersebut melompat telah menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009. Kini khabarnya sedang merancang untuk kembali bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang.

 
Mereka terdiri daripada BN Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Keshvinder Singh (Malim Nawar).

Tiga orang pertama memainkan peranan yang penting dalam kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih ke tangan BN, manakala Keshvinder melompat selepas kejatuhan disebabkan perbezaan politik.

Empat Katak tersebut masing-masing mengaku sebagai ‘winable candidade’ dan pengundi kawasan masing-masing mahukan mereka. Kononnya.

Hee Yit Foong (Jelapang) dan Keshvinder Singh (Malim Nawar) masing-masing adalah dalam kawasan dun milik MCA telah menyatakan kemungkinan untuk bertanding sebagai calon bebas.
Osman adalah lebih berani menegaskan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas di Changat Jering jika BN gagal memilihnya sebagai calon winnable UMNO untuk kerusi DUN.
 
Tetapi Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) hanya ketawa dan berkata kawasan Parlimennya milik MIC . Anda tahu kenapa dia ketawa? Tentulah kerana dia percaya tidak menghadapi apa-apa masalah bertanding dalam kawasan MIC….

Dengar khabar MIC sanggup beri laluan kepada Umno. Jamaluddin berkeyakinan dia akan diberikan tempat itu sebab orang India pun sangat senang dengannya. Lihatlah gambar bekas posmen itu di sebelah dan anda pun tentu setuju.

Biasalah tabiat katak yang Allah ciptakan begitu. Selain gemar melompat-lompat, katak juga gemar membesar-besarkan dirinya macam belon yang ditiup…

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.