Pro-Mahasiswa: 'Siapa terlupa baca buku sebenarnya'
24 September 2012
Presidennya, Syis Abd Kadir berkata, bukan Pro-Mahasiswa yang terlupa membaca buku, sebaliknya TNC yang tidak mengkaji perlembagaan universiti.
"Jelas tertulis di Perlembagaan Universiti bahawa calon–calon yang terpilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) wajib menjawat jawatan tersebut selama setahun.
"Calon yang kini berada dalam tahap akhir pengajian bagi kursus mereka adalah tidak layak bertanding dalam pemilihan sesi 2012/2013 kerana mereka akan menamatkan pengajian sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir semester sesi 2012/2013 pada bulan Jun 2013. Jadi, siapa yang terlupa baca buku sebenarnya?" katanya.
Jelasnya, seseorang pelajar akan terhenti menjadi pelajar berdaftar secara automatik sebaik sahaja keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
"Jika mereka bukan lagi pelajar berdaftar di UM, bagaimana mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai MPMUM?
"Ini akan menimbulkan situasi yang mana terdapat ahli MPMUM yang statusnya bukan lagi pelajar berdaftar tetapi memegang jawatan dalam MPMUM," tegasnya.
Tambah beliau,,keadaan tersebut bercanggah dengan peranan MPMUM yang bertanggungjawab mewakili mahasiswa UM kerana pelajar yang tidak berdaftar tidak lagi mempunyai kapasiti sebagai seorang ahli majlis.
Semalam, TNCHEP UM mengesahkan enam calon yang dibantah oleh Pro-Mahasiswa, layak untuk bertanding dalam pemilihan MPMUM, esok.
Enam calon yang menerima bantahan itu merupakan pelajar tahun akhir di universiti terbabit.
Sementara itu, hari ini Pro-Mahasiswa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka membantah lima calon bukan enam seperti yang dikatakan sebelum ini kerana salah seorang calon, Ahmad Syahmi Naim Mohd didapati masih mempunyai baki tiga semester pengajian.
0 orang berkata:
Post a Comment