Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 12 September 2012

Broker Kantoi : Zamil tiada hak bercakap wakili KITA....ha..ha..ha...ko buka la plak Parti KAMU (Kaki Ampu Melayu Umno)


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak masuk campur dengan urusan pentadbiran parti politik lain, kata Pengerusi Parti KITA Negeri Kedah, Kamal Nasser Bin Thow Beek.Beliau berkata demikian ekoran laporan akhbar baru-baru ini yang memetik kenyataan Zamil Ibrahim yang mendakwa bahawa Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, bakal menerima nasib yang sama seperti Dr Hassan Ali. Kenyataan itu mengaitkan Zamil dengan Parti KITA.
 
Hakikatnya, Zamil Ibrahim (gambar) tidak ada hak untuk bercakap bagi pihak Parti KITA kerana Zamil bukan ahli parti. Dia telah dipecat Februari lalu, tambah Kamal.
 
Berhubung penahanan seorang pemimpin politik atas dakwaan sumbang mahram, KITA berpendirian bahawa prinsip keluhuran undang-undang mesti sentiasa ditegakkan, iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten, katanya.
 
Pada masa yang sama Setiausaha Pusat Parti KITA, Masrum Dayat memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pegawai ROS bahawa pemecatan Zamil Ibrahim adalah teratur (mengikut peraturan dan perlembagaan parti).

Zamil tidak ada kaitan dan tidak ada sebarang jawatan dalam Parti KITA, baik di peringkat negeri mahupun pusat. Ketua Parti KITA masih kekal Datuk Zaid Ibrahim.

Dakwaan bahawa Parti KITA terbelah dua adalah cerita rekaan Zamil semata-mata dan tidak pernah berlaku “kumpulan Zamil mengambil alih” parti ini.
 
Zamil bergerak sendirian tetapi diberi ruang yang meluas oleh akhbar tertentu.
Parti KITA mempunyai struktur organisasi yang agak berbeza. Tidak ada jawatan Presiden di dalam perlembagaan parti KITA. Jawatan eksekutif tertinggi di dalam parti KITA adalah jawatan Ketua Parti, yang kini masih disandang oleh Datuk Zaid Ibrahim, jelas Masrum.
 
Tidak wujud jawatan presiden sementara seperti yang didakwa Zamil dan Zamil mesti menghentikan daripada mengaitkan dirinya dengan parti KITA, tegas Masrum.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.