Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 19 September 2012

SPR Mahu Jaga Kepentingan BN Atau Kehendak Dan Hak Rakyat?

Pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar didakwa menipu rakyat Malaysia di negara asing, itu yang disampaikan kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) yang tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan urusan bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos.

MOV selain mendakwa Pengerusi SPR dan timbalanya itu menipu juga mendesak 2 orang kuat (pusing) SPR itu meletakkan jawatan.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Nampaknya rakyat sudah hilang kayakinan pada SPR, bagaimana proses pilihanraya yang bersih dan adil boleh dijalankan jika suruhanjaya itu sudah tidak lagi diyakini, ini pelik kerana pengadil dalam sesebuah perlawanan sudah tidak lagi dilihat mampu mengadili perlawanan secara adil.

Seeloknya jika masih rasa ada maruah diri, lebih baik undur saja, apakah mahu terus jaga kepentingan BN lebih dari menjaga kepentingan dan hak rakyat sehingga sanggup dicaci maki oleh rakyat kerana gagal menjaga kepercayaan rakyat terhadap amanah yang diberi.

Jika beginilah caranya, tidak terkejut Bn masih mampu berkuasa dalam keadaan rakyat sudah jelas menolak dan sepakat mahu membenamkan BN kedalam lubang najis, kerana masih ada halangan besar dalam usaha menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.

Halangan itu ialah orang yang tak tahu malu dan masih mahu duduk dikerusi empuk walaupun rata-rata rakyat mahu dia bangun dari kerusi tersebut kerana gagal meyakinkan rakyat bahawa pilihanraya yang adil dapat mereka laksanakan..

Ingat hak kita, jangan terus duduk dan diam, jadi bisu dan bodoh, kerana itu yang dimahukan umno untuk mereka terus menang dan terus menjarah harta negara, kita ini rakyat dilayan seperti hamba. diperbodohkan tiap masa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.