Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saya tidak menentukan harga tanah PKFZ, kata Ling kepada mahkamah

September 24, 2012
 
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Tun Dr Ling Liong Sik (gambar) hari ini memberitahu mahkamah tinggi bahawa dia hanya memberi tumpuan untuk mendapatkan tanah Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) daripada membincangkan harga.

Dr Ling, yang merupakan bekas presiden MCA dituduh menipu kabinet dengan membenarkan pembelian tanah 999.5 ekar tanah untuk projek PKFZ.

Dia juga menghadapi dua tuduhan tambahan menipu kabinet membeli tanah dengan harga RM25 per kaki persegi dengan 7.5 peratus kadar faedah - yang dikatakan dipersetujui oleh jabatan penilaian dan perkhidmatan harta (JPPH) walaupun tidak ada sebarang perjanjian.

“Kenapa kamu bertanya semua soalan ini? Persoalan menentukan harga ini bukan sepatutnya dijawab oleh saya,” kata Dr Ling kepada pendakwa Datuk Tun Majid Tun Hamzah dalam sesi soal jawab hari ini.

Kemudian beliau menjawab, “saya kata saya tidak tahu. Saya hanya berminat untuk mendapatkan tanah tersebut.”

Kemudian menjawab kepada soalan tambahan tentang nilai harga tanah tersebut, beliau menjawab, “Jawapan saya, ini bukan tugas saya. Tugas saya ialah mendapatkan tanah tersebut secepat mungkin.”

Beliau berulang kali menyebut, “Arahan ialah mengikut penilaian JPPH.” Dia kemudian berkata JPPH  “tak mungkin salah. Selagi kita mengikut penilaian mereka, kita tidak lakukan sebarang kesalahan.”

Dr Ling kemudian mempertahankan diri dalam perbicaraan hari ini, dengan hakim bertanya tentang soalan Tun Majid.

“Kerana dia bertanya soalan yang tidak munasabah,” kata Dr Ling.
“Jangan cuba mengelak,” kata Tun Majid.

“Siapa yang mengelak?” kata Dr Ling Hakim Datuk Ahmadi Asnawi kemudian bertanya kepada peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong untuk menasihati kliennya untuk menjawab soalan mengikut kemampuan dan tidak bergaduh dengan Tun Majid.

Dr Ling akan menghadapi penjara tujuh tahun, atau denda, atau keduanya sekiranya didapati bersalah seksyen 418 kanun keseksaan.

Dakwaan tambahan boleh membawa hukuman lima tahun, denda atau keduanya sekali.
Perbicaraan akan bersambung esok.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.