Selasa, 25 September 2012
Rakyat tolak BN, UMNO mahu Muhyiddin
Shahbudin Husin
Ucapan
yang dilafazkan oleh Najib sejak akhir-akhir ini menggambarkan jiwanya
yang sedang resah. Beliau kelihatan amat gelisah tentang masa
depannya. Kedudukannya selepas pilihanraya akan datang sama ada masih
mampu menghuni Seri Perdana atau tidak, masih lagi kabur dan tidak
ketentuan.Semalam dalam ucapannya di perasmian Pusat Transformasi
Bandar, sebuah kompleks yang dulunya dikenali sebagai Puduraya, Najib
merayu agar beliau diberi peluang sekurang-kurangnya sepenggal lagi
untuk menjadi Perdana Menteri.
Selepas itu di Johor Bahru, beliau pula berkata masa depan negara ini terlalu tinggi nilainya untuk diserahkan kepada pihak lain. Beliau juga seakan merayu agar pemerintahan BN terus dikekalkan.
Najib
kononnya masih mempunyai banyak perancangan dan transformasi lagi untuk
dilaksanakan dan hanya dengan terus memberinya peluang menjadi Perdana
Menteri sahaja, semua itu dapat dilaksanakan.
Jika dulu
nada ucapan Najib begitu tegas sambil menggariskan pelbagai
transformasi yang telah dilaksanakannya, tetapi kali ini nadanya
seakan-akan merayu pula. Jika dulu beliau menjerit-jerit dan
mengeluarkan perkataan “haramjadah” untuk menempelak orang yang mahu
mengamalkan demokrasi, kali ini rayuan dan pujukannya jelas dapat
dirasai.
Jika
pasangan bercinta atau suami isteri yang sedang menghadapi masalah
keretakan hubungan, biasanya usaha memujuk dan merayu adalah pendekatan
terakhir untuk memulihkan hubungan supaya pulih seperti sediakala.
Apakah ini
menandakan Najib sudah dapat membaca isyarat rakyat yang makin menolak
kepimpinannnya, lalu menggunakan usaha pujuk rayu ini dengan harapan
beliau dan Rosmah terus dapat tinggal mendakap kuasa di singgahsana
Seri Perdana?
Kepada siapakah rayuan itu sebenarnya ditujukan?
Kepada siapakah rayuan itu sebenarnya ditujukan?
Najib
sebenarnya bukan sahaja merayu kepada rakyat supaya terus memilih UMNO
dan BN dalam pilihanraya akan datang tetapi juga kepada ahli dan
perwakilan UMNO agar tidak menyingkirkannya jika dalam pilihanraya nanti
keputusan yang mampu dicapai oleh BN lebih buruk daripada keputusan
pilihanraya umum 2008.
Rakyat
pelbagai lapisan kini umumnya seakan tidak sabar untuk menukar kerajaan
berikutan pentadbiran UMNO dan BN selama lebih 50 tahun yang penuh
dengan pelbagai masalah, skandal, rasuah dan penyelewengan. Rakyat
tidak boleh lagi sekadar berdiam diri melihat hasil kekayaan negara
dirompak oleh segelintir elit pemerintah sedangkan rakyat terus terbeban
dengan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang semakin
meningkat.
Pembaziran,
pemborosan serta belanja mewah Najib sekeluarga sebagaimana yang
selalu menghiasi dada-dada media juga mahu ditamatkan episodnya oleh
rakyat.
Selain
Anwar dan PR yang menjanjikan pelbagai pembaharuan dan kesenangan untuk
masa depan rakyat, majoriti rakyat kini juga semakin sedar tentang hak
dan kedudukan mereka yang sebenarnya. Rakyat tidak lagi boleh
diperbodohkan dengan siulan media konservatif yang sering mengalunkan
irama palsu untuk membuatkan rakyat terus alpa dan terlena.
Bagi
rakyat, PRU 13 adalah penentuan untuk merubah nasib diri dan anak cucu
mereka. Jika perubahan dapat dilakukan, suasana dan sistem politik
negara akan berubah ke arah yang lebih baik di mana semua pihak yang
menjadi pemimpin selepas itu akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat
dan negara melebihi segala kepentingan lainnya.
Tetapi
jika perubahan tidak dapat dilakukan dalam pilihanraya ke 13 ini, ia
mungkin memerlukan masa 50 tahun lagi untuk melakukan perubahan yang
sama. Sebab itu, rakyat kini tidak sabar untuk melakukan perubahan dan
menumbangkan BN yang telah memerintah negara lebih 55 tahun ini. Mereka
tidak mahu menunggu 50 tahun akan datang untuk melakukan perubahan itu.
Kini segala transformasi dan janji-janji Najib tidak lagi melekat di hati rakyat. Ia hanya ibarat taburan buih-buih sabun yang akan lenyap ditiup angin. Bukan sahaja Najib menyedari hakikat itu, semua kepimpinan UMNO juga menyedarinya. Mahathir yang pernah bertakhta selama 22 tahun juga menyedari hakikat penolakan rakyat terhadap UMNO sekarang ini.
Kini segala transformasi dan janji-janji Najib tidak lagi melekat di hati rakyat. Ia hanya ibarat taburan buih-buih sabun yang akan lenyap ditiup angin. Bukan sahaja Najib menyedari hakikat itu, semua kepimpinan UMNO juga menyedarinya. Mahathir yang pernah bertakhta selama 22 tahun juga menyedari hakikat penolakan rakyat terhadap UMNO sekarang ini.
Selain
rayuannya itu ditujukan kepada rakyat dan pengundi, Najib juga
sebenarnya sedang merayu kepada ahli dan perwakilan UMNO supaya tidak
menyingkirkannya jika beliau hanya mampu memberi kemenangan tipis kepada
UMNO dan BN. Najib juga secara halusnya sedang merayu kepada
timbalannya, Muhyiddin Yassin agar tidak mengambil alih tempatnya
meskipun ketika itu nanti desakan ke arah itu begitu kuat.
Najib
sendiri menyedari sentimen ahli UMNO sekarang. Oleh kerana Pak Lah
dipaksa undur pada 2009 kerana kemenangan hanya 140 kerusi dan hilang
majoriti dua pertiga pada piihanraya 2008, nasib yang sama juga bakal
menimpanya jika gagal memperbaiki pencapaian itu.
Tinjauan
umum banyak mendapati bahawa agak mustahil untuk Najib memperbaiki
pencapaian 140 kerusi itu. Dengan segala macam skandal dan
penyelewengan berterusan, amalan kronisme dan nepotisme terus
diperkukuhkan, di samping Najib sendiri dilihat lebih lemah daripada Pak
Lah, hakikatnya apa sedang menunggu beliau ialah sama ada kalah atau
pun hanya mampu menang dengan kelebihan yang sangat tipis. Mungkin hanya
5 hingga 9 kerusi Parlimen sahaja.
Jika
begitu kedudukannya, masa depan Najb tidak boleh diselamatkan lagi.
Ahli dan perwakilan UMNO akan menolaknya dengan cara yang lebih kejam
daripada yang dialami oleh Pak Lah.
Sehingga
ini pun, sudah banyak kedengaran suara di peringkat akar umbi yang
tidak puas hati dengan Najib, terutamanya berkaitan amalan berbelanja
mewah, boros serta hobi bergaya mahal yang melibatkan anak-anak dan
isteri kesayangannya Rosmah Mansor.
Ramai yang
bersungut dengan perbuatan itu kerana sementara ahli dan pemimpin
peringkat akar umbi sering diminta berusaha menarik sokongan rakyat
tetapi perbuatan yang dilakukan oleh Rosmah dan anak-anaknya jelas
menyebabkan rakyat semakin menjauhi UMNO dan BN.
Kontradiksi ini
menyebabkan jika keadaan memerlukan, Najib pasti akan disingkirkan
kerana antara punca sebenarnya penolakan rakyat adalah kelemahan Najib
sendiri dalam mengawal perilaku ahli keluarganya.
Oleh sebab
itu, andainya UMNO dan BN terus menang dalam piliharaya akan datang
tetapi dengan majoriti yang lebih kecil atau gagal mendapat majoriti
dua pertiga, Najib sebenarnya mempunyai lebih banyak alasan untuk
dipaksa berundur.
Najib
memang menyedari hakikat itu. Ia kini diperkatakan di mana-mana. Nama
Muhyiddin juga sudah semakin kerap disebut-sebut. Perbandingan watak
Najib dengan Muhyiddin juga mulai diperkatakan. Perwatakan isteri
kedua-duanya juga sedang diperbualkan. Dan kesimpulan daripada semua
itu, keadaan yang sedang berlaku sama-sekali tidak memihak kepada Najib.
Najib kini
sedang menggunakan usaha terakhirnya untuk menyelamatkan diri dan masa
depan politiknya iaitu memujuk dan merayu. Rakyat dan ahli UMNO akan
terus dipujuk dan dirayu untuk memberinya peluang sepenggal lagi
sebagai Perdana Menteri.
Rakyat dan
ahli UMNO mungkin akan mendengar pelbagai kata-kata mendayu dan
menusuk kalbu lagi selepas ini daripada Najib. Inilah usaha terakhirnya
untuk menyelamatkan diri.
0 orang berkata:
Post a Comment