Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, September 23, 2012

Najib Tak Bertanggungjawab

 

 Lim Kit Siang dan tunku abdul rahman

Tragik dan sedih, itulah ungkapan yang cuba digambarkan oleh Lim Kit Siang berhubung kenyataan Najib Tun Razak berkaitan dakwaan terbaru ke atas Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang memiliki aset berbillion dolar.

Menurut Kit Siang lagi, respon Najib Razak itu tidak bertanggungjawab apabila Najib menganggap semua dakwaan ke atas Taib Mahmud itu sebagai ‘jangan dilayan’.

“ Ini merupakan  respon yang paling mengecewakan dan juga tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri ke atas laporan terkini dan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF)”, kata Kit Siang.

Dalam laporan terbaru itu, sebuah NGO berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion) lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

Dalam perkembangan yang berkaitan, laporan BMF yang bertajuk ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia’ yang telah dikeluarkan di Brussels itu turut mendedahkan bagaimana Taib Mahmud telah mengumpul kekayaan hampir USD 21 billion yang terbahagi kepada 400 syarikat seluruh dunia.

Kit Siang turut menyoal adakah respon Najib ini merupakan langkah awal bertujuan untuk menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi juga Menteri-Menteri dan penyokong Barisan Nasional di Parlimen supaya tidak melayan dan menjalankan siasatan berhubung laporan BMF ini.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Ketua Parlimen DAP ini turut mendesak Najib untuk bertindak dan mengisytiharkan dengan jelas tugas SPRM dan menggunakan laporan BMF itu bagi memulakan siasatan penuh, menyeluruh dan meluas ke atas tuduhan “korupsi besar” yang dilakukan Taib dan keluarganya sepanjang 31 tahun Taib menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak.
 
 
Warta Kerajaan Rakyat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.