Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
TNC UM: Enam calon penuhi syarat tanding
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
23 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus. 
 
SHAH ALAM – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Rohana Yusof menolak dakwaan Pro-Mahasiswa yang mengatakan enam calon, didakwa dari kumpulan Pro-Aspirasi, tidak layak bertanding pilihan raya kampus kali ini.

Menurutnya, pelajar tahun akhir juga layak menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) jika mempunyai baki dua semester pengajian.

“Mereka (Pro-Mahasiswa) terlupa membaca buku. Mereka terlupa pilihan raya kampus kali ini pada bulan September bukan diadakan pada Mac seperti sebelum ini.

“Dulu, pelajar tahun akhir memang tidak layak tetapi kali ini mereka layak kerana tempoh pengajian mereka masih berbaki dua semester penuh,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambahnya, barisan MPPUM akan tinggal di kampus sehingga hari konvokesyen mereka, yang dijadualkan Oktober depan bagi menjalankan tugas masing-masing meskipun kesemua pelajar bakal bercuti bulan Jun.

Semalam, Kumpulan Pro-Mahasiswa mendakwa enam calon yang bertanding pilihan raya kampus UM sesi 2012/2013 tidak layak bersaing kerana status mereka bercanggah dengan syarat pemilihan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang berkata, mereka membantah penerimaan pencalonan enam pelajar, dari kumpulan Pro-Aspirasi, atas alasan gagal mematuhi syarat pengajian.

Sementara itu, Rohana berkata, mahasiswa perlu mentafsirkan sesuatu perkara itu dengan betul memandangkan perkara yang dibangkitkan itu sudah melalui jawatankuasa pilihan raya kampus iaitu bantahan dan rayuan.

“Saya terima banyak mesej dan ugutan dari pihak yang tidak berpuas hati berkaitan hal ini, jadi kita tunggu saja apa yang mereka mahu lakukan.

“Mereka semua pelajar saya. Apabila berlaku berpuak-puak ini, ia tidak sihat. Sepatutnya, mereka bertanding untuk kebajikan pelajar lain dan kebajikan universiti ini,” katanya.

Khamis lalu, UM mengadakan penamaan calon bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 dengan memperkenalkan sistem zon.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan, sembilan daripadanya untuk kategori umum dan selebihnya peringkat fakulti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.