Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, September 4, 2012

UiTM PATUT SAMAN SINAR HARIAN YANG PEMBOHONG!


Inilah standard kewartawanan di Malaysia. Demi hendak menaikkan kredibiliti ahli akademik yang memberi kenyataan, Sinar Harian sanggup berbohong! 

Yong merujuk kepada article Sinar Harian yang memaparkan kenyataan Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Lihat bahagian yang dalam kotak biru.


Yong tidak mempersoalkan kepakaran Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Yong sendiri bukan pakar sejarah. Yong takkan komen apa-apa tentang bendera Sang Saka Malaya. 
Tetapi, Yong musykil, apa motif Sinar Harian menyebut Datuk Profesor Dr Ramlah Adam ini berjawatan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM? 

Datuk Profesor Dr Ramlah Adam telah tidak disambung kontraknya di UiTM pada bulan Jun 2012. Beliau juga tidak memegang jawatan dekan fakulti berkenaan sejak Januari 2011. Sekarang dah September 2012! 
Sama ada wartawan Sinar Harian ini pemalas, atau sengaja berbuat demikian supaya sumber yang didapatinya nampak hebat! 

Yong percaya Datuk Profesor Dr Ramlah Adam tidak akan menyamar sebagai dekan fakulti! Ini kes Sinar Harian berbohong kepada pembacanya!

Sinar Harian wajar menuntut maaf pada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM kerana kesalahan fakta ini. 

Apa kata Naib Canselor Dato' Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar? 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.