Wednesday, September 26
[GAMBAR] Pegawai JPJ, pemandu bas ikut tampal pelekat Turunkan Harga Kereta
PULAU PINANG 25 September: KEADILAN meneruskan pengedaran pelekat Kempen Turunkan Harga Kereta yang dilancarkan Ogos lepas ke Pulau Pinang Sabtu lalu.
Menurut Timbalan Ketua Penerangannya, Sim Tze Tzin, sebanyak 2,000 pelekat kempen tersebut diedarkan kepada penduduk sekitar Seberang Jaya.
Menurut Timbalan Ketua Penerangannya, Sim Tze Tzin, sebanyak 2,000 pelekat kempen tersebut diedarkan kepada penduduk sekitar Seberang Jaya.
“Kita mula turun berkempen di sekitar Taman Seberang Jaya kira-kira pukul 3 petang. Kami ambil masa sejam edar pelekat dibantu Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh.
“Selepas sejam di kawasan perumahan, kami berhenti di pasaraya Sunway, Seberang Jaya. Di sana sambutan lagi menggalakkan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu ketika dihubungi.Program yang disertai lebih kurang 50 anggota AMK itu diketuai ketuanya, Amir Mohd Ghazali.
Ia menarik minat golongan muda terutama berkenaan kempen tersebut.
Turut sama memberi sokongan, Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon serta Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.
“Ramai yang teruja tengok kempen ini. Ada yang baru tahu dan mereka setuju dengan cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta.
“Bukan sahaja kereta kita tampal pelekat, tetapi lebih kurang enam hingga tujuh bas sedia ditampal pelekat, termasuk bas Rapid Penang. Kami juga ada berikan kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melalui jalan tersebut dan mereka menyambut baik dasar ini,” katanya.- KD
0 orang berkata:
Post a Comment