'Syed Saddiq, jangan jadi biadap!'
JOHOR BAHRU - "Syed Saddiq masih mentah...jadi jangan biadap nak persoalkan titah tuanku (Sultan Johor)."
Demikian ungkapan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md
Jamaludin ketika memberi reaksi terhadap surat terbuka Ketua Armada
Bersatu, Syed Siddiq kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar, hari ini.
Menurut beliau, pemimpin muda itu sepatutnya berfikir panjang sebelum
membuat kenyataan dan hujah demokrasi yang digunakannya itu bukan tiket
untuk mempersoalkan titah seorang raja.
"Seluruh rakyat Johor menyanjung tinggi titah tuanku yang mengharamkan
sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan
rakyat...tapi tiba-tiba pemimpin muda mentah ni nak berlaku biadap
dengan sultan kami.
"Dia sanggup mengetepikan adab dan membutakan mata hati melihat sesuatu
isu dalam skop lebih luas semata-mata kerana kepentingan politik,"
katanya.
Hari ini, Syed Saddiq hari ini mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan
Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri itu.
Syahrin juga menasihatkan Syed Saddiq supaya tidak sesekali cuba
mengheret institusi diraja dalam kancah politik dan memperjudikan
keselamatan negeri Johor.
"Dia (Syed Saddiq) tak layak untuk mengajar tuanku tentang soal demokrasi kerana baginda lebih arif dalam perkara itu.
"Sebagai ketua negeri pastinya Sultan Ibrahim meletakkan kepentingan
dan kesejahteraan negeri Johor sebagai hal utama sebab tu baginda tak
mahu sebarang anasir yang boleh membawa kepada kemudaratan rakyat
berlaku di negeri baginda," katanya.
6 orang berkata:
Bila dah kena kencing amno, bila kelantan dah nak tergolek baru la pas terhegeh2 cari kawan lama. Macam ni punya perangai manusia pun ada kat dunia ni.
Makin dekat pru14, makin lunak dan mesra para walaunta. Ada apa2 ke ni? Macam ada sotong di sebalik balak je...
Pak karamu....
Kalau sesuatu benda tu tak ada kaitan dgn pas atau dengan keluarga pak karamu, tak payahlah nak sibuk-sibuk ya....
Pak karamu..boleh tak kalau jangan jadi penyibuk dan batu api? Boleh?
Nak buat macam mana. Walaunta memang kaki penyibuk dan batu api
Apa kesan pembalakan di kelantan yg pemerintah kelantan tidak sedar:
1.kemusnahan hutan hujan tropika yang berusia lebih 2 juta tahun dan tertua di dunia. Pelancong di kelantan akan berkurangan.
2. Kemusnahan flora dan fauna semula jadi yang tinggi nilainya untuk kajian, perubatan, makanan dll di kelantan. Hasil pendapatan kelantan akan berkurangan.
3. Kemusnahahan ekologi dan ekosistem semula jadi di kelantan dan dunia keseluruhannya. Contohnya berlaku kenaikan suhu. Kehidupan menjadi tidak selesa, cepat stress dan melakukan perkara pelik kerana stress.
4. Kekurangan kawasan tadahan hujan sekaligus mengurangkan sumber air bersih kpd sungai2 untuk pelbagai kegunaan domestik dan industri di kelantan. Ini akan menyebabkan kelantan semakin ketinggalan, kurang pekerjaan dan kemiskinan.
5. Kemusnahan habitat semulajadi flora dan fauna spt gajah, badak, harimau dll. Haiwan spt kera, tikus, babi akan berpindah ke kampung sebelum ke bandar dan mengganggu kelangsungan hidup manusia. Kesannya manusia di situ akan bertindak spt binatang - rogol, bunuh dll
6. Menyebabkan kepupusan habitat dan cara hidup masyarakat orang asli yang diterima sebagai masyarakat yg unik. Perubahan budaya org asli akan menimbulkan masalah sosial sampingan kpd mereka.
7. Hakisan tanah di kaw pembalakan akan menyebabkan tanah diangkut ke sungai apabila hujan. Kesannya sungai di kelantan menjadi keruh dan tidak sesuai untuk digunakan. Warnanya menjadi spt nescafe tarik.
8. Hakisan tanah yg dibawa air akan dimendap di sungai kelantan dan menjadi cetek. Bila hujan, banjir besar akan berlaku. Kesannya ialah kemusnahan harta benda, tanaman dan ternakan serta menyebabkan kematian.
Post a Comment