Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POMPUAN CABAR JAMAL, KALO TAK JAWAB JADI PONDAN

Maria cabar Jamal tunjuk bukti
Maria Chin Abdullah
Maria Chin - sumber internet

SHAH ALAM - Pemimpin gerakan baju merah, Datuk Jamal Md Yunos dicabar kemukakan bukti di mahkamah sekiranya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menerima tajaan daripada George Soros.

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah meminta Jamal bawa segala barang bukti ke mahkamah dan biarlah mahkamah menentukan siapa di pihak yang benar.

Ketika ditemu bual oleh Oriental Daily, Maria Chin mengakui, semua sumbangan wang adalah datang daripada derma orang ramai dan tidak ada satu sen pun disumbangkan oleh Soros.

"Kami tiada apa-apa yang perlu disembunyikan. Kami pun pernah mengumumkan jumlah derma yang diperoleh. Ketika ini, kami mempunyai RM2.7 juta yang kesemuanya adalah sumbangan daripada orang ramai.

"Kalau dia (Jamal) mahu lapor polis, biarkanlah dia. Saya tidak takut, apa yang kami ambil berat ialah masalah negara ketika ini," kata Maria Chin.

Sebelum ini, Jamal mendedahkan Bersih mendapat tajaan RM3.2 bilion (AS$800 juta) daripada pertubuhan Open Society Foundations (OSF) yang dikelolakan oleh Soros sejak 2010.‎

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada kebocoran dokumen dalaman OSF yang digodam oleh aktivis Wikileaks beberapa minggu lalu.

Maria Chin berkata, beliau akan menuntut saman fitnah di mahkamah terhadap Jamal atas segala dakwaan terhadap Bersih dan dirinya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Telur jamal jamban termasuk...buto lah jamal...ko pompuan rupanya x berani saman!
Yang ikut jamal makan dedak...teruskan menjamu selera.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.