Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

owh, boleh tangguh

Mahkamah tangguh keputusan rayuan akhir kes Sosilawati
Bunuh Sosilawati

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan berhubung rayuan akhir empat lelaki yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, panel itu menangguhkan keputusan sehingga suatu tarikh yang akan ditentukan.

Panel itu terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim, hari ini selesai mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili empat lelaki itu dan pihak pendakwaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pihak pendakwaan tidak mempunyai kes]

Bekas peguam N. Pathmanabhan, 46, dan pekerja ladang R.Matan, 25, T. Thilaiyalagan, 24, dan R. Kathavarayan, 36, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013, kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pembantu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang sehari selepas mereka didakwa pergi ke Banting untuk tujuan jual beli tanah. Pathmanabhan, Matan, Thilaiyalagan dan Kathavarayan kalah dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 4 Dis 2015.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, seorang daripada tiga hakim dalam panel itu, dalam penghakimannya berkata keterangan langsung menunjukkan bahawa Sosilawati dan pembantunya berada di ladang kepunyaan Pathmanabhan ketika mereka menemui ajal.

Mereka disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013 kerana melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting pada 30 Ogos 2010.

Di awal pendengaran itu, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dalam penghujahannya menggesa Mahkamah Persekutuan menolak rayuan empat lelaki itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan memandangkan tiada sebarang salah arah dalam keputusan itu.

Beliau berhujah bahawa sungguhpun pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan, terdapat juga keterangan lain daripada saksi untuk pendakwaan membuktikan kesnya.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan berhujah bahawa terdapat orang lain di ladang itu selepas penahanan anak guamnya dan tertuduh lain, bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka (yang turut berada di ladang ketika itu) dipanggil memberi keterangan untuk menidakkan kemungkinan berlakunya gangguan di lokasi jenayah.

Beliau juga berkata terdapat kemungkinan kayu kriket yang digunakan semasa insiden itu, diletakkan di ladang berkenaan selepas penahanan tertuduh.

Terdahulu, panel itu menolak permohonan pihak pembelaan supaya penghakiman bertulis yang dibacakan hakim Mahkamah Tinggi di akhir kes pendakwaan dimasukkan ke dalam rekod rayuan.

Panel itu mendapati perbezaan dalam penghakiman bertulis itu bukanlah material. - Bernama

6 orang berkata:

Anonymous said...

HUKUM ALAM. APA YG KITA BUAT AKAN BALIK PADA KITA SEMULA. WHAT YOU DONE YOU GET BACK:

Hari ini bajet 2017 cums 70 mp pembangkang menolak dan 11 mp berkecuali.

Akan datang ruu 355 hanya 12 mp pembangkang menyokong dan 70 mp berkecuali.

Hahaha

Anonymous said...

Sblm ruu 355 dibentang, baik buat undi dulu. Klu kalah baik x payah bentang. Bazir masa je. Baik guna utk bentang dasar kejaan spt baik pulih hospital.

Kan?

Anonymous said...

Kalah ruu pun tak apa.
BALAK byk lg

Anonymous said...

Dah bulan 11. Angin monsun timur laut dah sampai. Jaga2 banjir besar nak datang. Hutan dah byk gondol. Jgn salahkan lim guan eng dan mat sabu.

Anonymous said...

Sikap berkecuali tu sebenarnya mesra umno. Begitu juga halnya bila pru14 nanti. Umno akan menang dgn bantuan mesra pas.

Sbb tu umno boleh naikkan harga brg dgn sesuka hati tanpa takut kalah pru. Sbb pas bakal membantu.

Anonymous said...

Sbb itu ph dan bersatu kena buat strategi 3 penjuru. 1 lawan 1 adalah kencing walaunta.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.