Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLITIK SEMAKIN PANAS

Muhyiddin: 'Saya 'dijemput' polis 15 November ini
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bekata, beliau akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berkenaan dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini pada 15 November depan.

Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau akan memberi komitmen dan akan hadir pada sesi berkenaan.

"Tiada masalah untuk beri keterangan," katanya di Parlimen hari ini.

Selain Muhyiddin, semalam Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  yang juga Ahli Parlimen Semporna telah dipanggil polis diatas sebab yang sama.

Sebelum ini turut dipanggil, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan laporan polis oleh dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.

Ketiga-tiga mereka didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Panas pasal dedak 90juta x saman2 sampai skrg..lebai plastik

Anonymous said...

Ini sudah dekat bulan 12 musim tengkujuh angin monsun timur laut. Kelantan akan dilanda banjir besar sebab hutan simpan sudah banyak gondol pasal orang ambik balak jual untuk cari duit tadbir negeri.

Bila banjir besar sudah dekat bersiaplah untuk pindah tempat paling tinggi sbb air mungkin boleh naik tingkat empat pulak. Jgn salahkan lim guan eng dan mat sabu bila banjir besar sebab hutan gondol bukan dap atau amanah yang tebang. Masa Amanah lahir pun hutan gunung sudah banyak gondol gara2 tanam durian kunyit.

Tak apalah. Bersedia dari sekarang sbb langit asyik mendung komulunimbus aje tetiap petang. Kalau banjir besar datang bawak khemah ajak nik abdooo sekali duduk dalam.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.