Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI LA ORANG DAP PUNYA KERJA

Pengurusan kes rasuah Guan Eng, Li Koon ditetap 14 Nov
Lim Guan Eng, Phang Li Koon
Dari kiri: Guan Eng dan Li Koon.
 
GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 14 November bagi pengurusan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas peguam R.S.N Rayer yang mewakili Lim memaklumkan perbicaraan bagi rayuan Lim dan Phang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan mereka untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Rayuan Putrajaya bermula 7 Ogos ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul manakala Phang diwakili Datuk V. Sithambaram.

Bagaimanapun Lim dan Phang tidak hadir di mahkamah.

Pada 20 Mac lepas, mahkamah itu menangguhkan perbicaraan kes rasuah Guan Eng dan Li Koon yang ditetapkan pada 27 Mac sehingga rayuan mereka untuk mencabar Akta SPRM selesai.

Sebelum itu, pada 7 Mac, mahkamah itu menolak permohonan Guan Eng dan Li Koon untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Guan Eng dan Li Koon memfailkan permohonan itu pada Januari tahun ini.

Pada 30 Jun tahun lepas, Guan Eng, 56,mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng sebagai penjawat awam, Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh menggunakan kedudukannnya mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran tanah pertanian kepada perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, di sini pada 18 Julai 2014.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Atas pertuduhan kedua, beliau sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, dituduh mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan banglo di alamat No 25, Jalan Pinhorn, di sini, pada harga yang dia tahu tidak sepadan dengan nilainya, daripada Phang iaitu RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di No 25, Jalan Pinhorn, di sini pada 28 Julai, 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Li Koon selaku bekas pemilik banglo itu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan banglo tersebut di bawah harga pasaran pada tempat dan tarikh sama.

Ahli perniagaan wanita itu dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 165, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

13 orang berkata:

Anonymous said...

Sapa tolong bayar bil tonton movie kat channei pay per view kat germany ha?? Hahahaha. Apa ada dalam tisu?? Hahahaha

Anonymous said...

Ustad bangsat..mkn duit rakyat 90juta..

Anonymous said...

Ha ha ha ha

Anonymous said...

Ya biarkan lim diadili oleh mahkamah. Kalau dia salah sila penjarakan dia.

Kita tunggu pulak pak lebai yg kononnya ahli syurga yg baham rm90juta tu diadili. Kes saham kohilal, durian kunyit, karbon kredit, duit guru agama, rumah mangsa banjir, tabung memali yg lesap dan byk lagi tu pun belum diadili. Setakat ni pak lebai cuma nafikan dlm FB jer. Sekarang ni bebas lagi sebab presiden lebai peluk2 dgn najibun.

Anonymous said...

Memalukan islam jer. Berserban berjubah tapi tonton filem lucah dlm bilik hotel tapi org lain yg tolong bayarkan. Imej islam tapi nafsu iblis.

Anonymous said...

Kalu baik dgn ameno semua boleh beres

Anonymous said...

Patutnya org beli kereta range rover murah pun misti kena tangkap. Beli bmw 7 series murah pun kena dakwa. Dapat hadiah rumah bini muda free pun kena naik court....

Tapi kalu ada connection semua beressss

Anonymous said...

Parti pas dipenuhi puak dajjal tapi walaunta angguk jer mcm lembu dicucuk hidung.

Anonymous said...

Ustaz pas pun makan rasuah pecah amanah.
Jahanam dah umpama dajal kecil ni.
Penjual agama...berkopiah berbagai...
Certa agama mcm bagus. Label org sana sini. Kutuk caci maki kafir mengafir.
Dari dulu aku rasa ada something wrong dgn parti ni...

Anonymous said...

Mana puak pas@pigs ni. Sembunyi dlm jubah hadi ke?

Anonymous said...

Pak karamu ni aku bimbang mati dalam keadaan tengah buat adu domba. Takut mati sebut perkataan "DAP DAP DAP"

Anonymous said...

Saya pun tidak akan hormat pimpinan pas jika terbukti mereka berkelakuan sepertimana yg diviralkan anjing2 kurap dap ni. Tapi, ketua kpd anjing2 kurap ni sudah didakwa dan akan dibicarakan. Kita tunggu lah keputusannya. Tetapi fitnah anjing2 kurap dap ni hanya laris kpd manusia2 yg tiada akal seperti anjing2 kurap juga lah. Oh ya, ko yg kena tipu dgn kohilal tu,,jika ya pun,,buat apa melalak mcm anjing dlm ruangan komentar ni? Ape yg ko dapat ? Menampakkan kebodohan diri ko je,,kena tipu dgn kohilal. Kah kah...

Anonymous said...

pas dah adu domba lama la.. masa dia kawan ngan ko dia dah adudomba pun hehe.. swmua parti politik pun amal adudomba.. ape barang ko ni hihihi.. baru sekarang dia x kawan ngan ko baru ko nak bising bagai hihi

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.