Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM ADALAH SEGALA-GALANYA, SELAIN PAS SEKULAR

'Umno tetap musuh politik Pas'
0
Mohd Hayati Othman
Mohd Hayati Othman
YAN - Pas menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Umno dan menyifatkannya satu perkara yang mustahil.

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, dari dahulu hingga kini parti itu sentiasa menganggap bahawa Umno adalah musuh politik mereka.

"Sekiranya wujud suara sumbang serta fitnah mengatakan tentang perkara ini, ia sangatlah tidak benar, " katanya ketika berucap di majlis ceramah Pas di Unit Peti Undi (UPU) Tokai, kelmarin.

Beliau berkata, Pas sentiasa berfikiran terbuka dengan apa sahaja fitnah dilemparkan kerana fokus yang ada hanya untuk memperjuangkan dasar Islam.

"Walau apa pun berlaku, Pas tetap nekad untuk membawa dasar Islam dalam menerajui kepimpinan negara," katanya.

Menurutnya, Pas akan bertanding di seluruh kerusi Dun dan Parlimen sekitar Kedah.

"Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berusaha untuk meletakkan calon Pas bagi menewaskan mereka insya-ALLAH," katanya.

Mohd Hayati berkata, semua ahli Pas perlu meneliti semula semua perkara dan harus bergerak aktif dalam melakukan persediaan pilihan raya.

Katanya, Pas akan memperkukuhkan jentera yang ada dan akan berusaha menentang Umno dan parti politik lain.

"Kalau Pas ada hubungan sulit dengan Umno mesti kami tak akan bertanding dengan Umno," katanya.

Mohd Hayati berkata, kepimpinan Pas sekarang mengambil jalan lebih rasional dengan membiarkan sahaja tohmahan dilemparkan.

"Nabi berdakwah menyebarkan agama Islam pun orang menentang, tambah kita yang hanya umat kepada baginda," katanya.

Beliau berkata, kepimpinan atasan Pas sentiasa memastikan sebarang keputusan diambil adalah relevan dan tidak mengikut emosi.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Apa yg hang dok merapu tu dr hayati oi,,,ada dlm quran ke suruh bermusuh dgn sesama umat islam? Masa pas berada bersama dap, peluk dap bukan main lagi,,sehati sejiwa dgn dap kapiag berserta pkr,,lawan dgn umno yg sebangsa dan seagama,,,,ada ka ajaran quran dan hadis suruh bertindak macamni? Hang berpegang dgn ajaran islam ke,,berpegang dgn ajaran dan agenda parti? Ape punya bahlol politik org islam di malaysia ni....

Anonymous said...

ko yg salah ni... pas kan maksum.. kalo dia wat apa2 semua x salah dan x berdosa hihihi.. dia wat agama islam tu macam milik nak bapak dia hihihi.. ko ingat x masa dia kawan dap pas bg gambaran yg g demo bersih tu hukumnya wajib bahkan dan dapat pahala jihad hihihi.. bila dia dah x kawan dap sape g demo bersih gambarannya dia ialah manusia bodoh pulak hihihi..tol2 lawak bodoh hahahaha.. x kan ko x ingat? banyak lagi lawak bodoh yg boleh dikenang.. aku bg contoh 1 darinye je tu..

Anonymous said...

lagi 1 sebenarnya kalo ko nak tau pas baru je dapat tau yg mat sabu tu syiah selepas 5 minit mat sabu kelua pas.. masa 50tahun mat sabu kat dalam pas dorang x tau hihihi.. hahaha.. best kan koleksi2 lawak bodoh mereka hihihihi

Anonymous said...

Hang la yg bodoh. Pas dah buat kajian dan siasatan terlebih dahulu,,bila dah pasti,,baru tendang mat sabu dan geng 18 jahanam daripada pas. Hang dulu pun jilat pungkuq hj hadi, lps lima minit jadi pan, hang jilat jubug guan eng pulak.

Anonymous said...

ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH SAHAJA YAMG TAHU YANG MANA BETUL BETUL ISLAM YANG MANA SEKULAR, KALAU KITA KATA KITA ISLAM SEDANGKAN PERBUATAN, TINGKAH LAKU, KATA KATA, AMALAN TAK MENGIKUT APA YANG DIPERENTAHKAN OLEH ALLAH, ADAKAH KITA BENAR BENAR ISLAM???? JANGANLAH KITA MENUDUH ORANG BEGITU BEGINI, SEDANGKAN DIRI KITA PUN SERUPA, KITA NAMPAK APA YANG ORANG LAIN BUAT SEMUA TAK BETUL, SEDANGKAN APA YANG KITA BUAT SEMUA BETUL KE?????

Anonymous said...

Kalau buat komen menggunakan bahasa dan kata kata yang sopan tak boleh ke? buat komen menggukan bahasa kesat, kotor, lucah dapat pahala ke?

Anonymous said...

ok la aku pecaya kat hang la sebab hujah hang betoi2 kukuh tu.. sekukuh tembok cina habaq mai hihihi.. tapi awatnya hang marah sangat aku cuit ahli politik/parti pojaan hati hang hihihi.. aku x hadap hadi guan eng ngan najib apatah lagi mat sabu hahahaha.. 2x5 barua jahh depa tu hehe. hang je la hadap depa noh.. mungkin hang teringin betoi nak jamah taik depa2 tu kan hehehehe..ya la hang puja depa sampai cuit pun hang melompat, mesti hang teringin punya tu kan hihihiihi

Anonymous said...

P@$ ni jual name islam je..
kutip derma pun depa boleh jual pahala.. kt masjid aku ydp boleh lancar kutip derma pru... derma utk parti.. senang byk... x susah jual pahala guna name islam.. yg mai jual name islam kutip derma tu pun pkai camry velfire alpat passat bini 2,3.. yg tertipu dgn derma tu pkai kancil wira kapcai ade yg bini pun lari.... gamak depa tipu org susah mcm tu..
moga tuhan melaknat org2 mcm ni...

Anonymous said...

Hayati othman ni bukan geng ug, mana dia tau hadi, nasha, abuduh dan lain2 dok peluk najib dlm diam2.

Anonymous said...

orang politik ni dia x perlu utk tau pun..dia main cakap je x payah tau2 pun xpe hehe.. sume orang politik amal mcm tu utk tujuan kepentingan/raih sokongan dan dtgkan keraguan penyokong2 musuh dia..
tolong la awak jgn kuakan soalan mcm tu lagi ye bhai.. soklan gitu menunjukkan yg awak masih hijau hehe..dan mungkin awak sendiri sedang ditipu parti2 tertentu.. awak tengok pas, dia pun main cakap je kalo menang dia nak wat hudud.. dia x amek tau pun dalam2.. lepas menang ganu dia cakap hudud x perlu sebabnya hudud hanya 0.0001 peratus je untuk didulukan hehehe..bukan 0.1 tau tapi 0.0001 tau hihi.. dia kata banyak perkara lain lebih perlu diutamakan dia cakap.. maknanya masa dia cakap nak buat tu dia x amek tau pun.. lepas menang baru amek tau.. atau dalam kata lain.. dia menipu.. maksudnya ialah dia dah la x amek tau dalam2 lepas tu menipu pulak hihi.. yg kena tipu sapa?? hihihi samala parti2 lain pun amal perkara serupa gak hihihi..

Anonymous said...

politik yg menjual name islam lagi bahaya dari politik sekular... jual undi dgn syurga-neraka... jual derma dgn pahala... hukum org ikut nafsu politik.... kapir mengapir.. tanam jirat.. umpama dia lebih Islam dari Islam...yg terbaru sape keluar parti dia murtad.. buta al quran... ooooo bahaya... mampus kalau org mcm ni perintah malaysia....

Anonymous said...

Dr org kedah kn. aku pun org pas kedah gak Dr.. x dok ikut nafsu politik keras hj hadi Dr.. tgk.. Pas kedah diantara berpecah teruk.. dlm culaan kawasan aku cuma bawah 30% je yg kekal istiqamah.... program pas kt kawasan aku pun umpama berkubu dikubu sendiri.. org luar x minat.. bt cula pun setakat sesama ahli je..kenape x cula org luar,jiran, india cina???? memang depa x undi pas pun..terpaksa la melukut balik pada ahli2 lama...sb pe?? Pas dh terdesak.... takut hilang wang pertaruhan... pi gatai nk lawan semua kerusi.. kerusi yg ada skrg pun belum tentu boleh menang semula...

Anonymous said...

x taw ape nk jadi kt pas skrg.. politik matang???
dh 60 tahun ..x kan skrg baru nk matang.. org kedah panggil kalau atas 60 tahun kalau dok ckp merepek & berbolak balik.. tu panggil loghat.. loghat tu tunggu masa je nk mati....

Anonymous said...

drebar dh gelong..
pakat2 lompat keluar sebelum terlambat... biar drebar, anak & menantu dia masuk gaung sorang cukup....

Anonymous said...

Di Kedah antara yang paling ramai
ahli pas keluar parti. Kenapa ya? Pas tidak relevan lagi ke ?

Anonymous said...

semua angkara hj hadi..
sila bertanggungjawab hj hadi...
pemecah belah umat..
hj hadi..
sampai mati kami akan ingat bala luar yg kau heret masuk dlm Pas....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.