Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DI KELANTAN SAHAJA

Sebat di khalayak hanya untuk orang Islam Kelantan
0
Zahid Hamidi
Zahid Hamidi. - Foto Bernama

KUCHING - Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri  berkata, pindaan itu hanya memberikan implikasi kepada orang Islam sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam di Kelantan.
"Saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai butirannya namun saya fikir apa yang dilakukan oleh mereka itu harus dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di Kelantan sahaja," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas pindaan tersebut antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari di Sarawak.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Sri Aman.

Mengulas lanjut, timbalan perdana menteri berkata kerajaan negeri Kelantan berhak untuk mengemukakan pindaan rang undang-undang itu di Dun kerana mereka mempunyai suara majoriti.

"Bagaimanapun biarpun pindaan tersebut sudah diluluskan ia masih tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk pelaksanaan," katanya.

RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan,

Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan diluluskan sebulat suara. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.