Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ? TURUNKAN BALIK HARGA MINYAK

Stesen minyak kaut keuntungan dikesan
Stesen minyak kaut keuntungan dikesan
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap dalam sidang media di ibu negara, hari ini.
 
KUALA LUMPUR - Stesen minyak yang sengaja mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan daripada situasi turun naik harga petrol tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu adalah menjadi satu kesalahan dan mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan di bawah Akta kawalan bekalan 1961.

"Kita telah menerima beberapa aduan mengenai perkara ini daripada pengguna dan siasatan telah pun dijalankan. Semalam kita juga telah bertemu dengan pengusaha dan persatuan stesen minyak berhubung perkara ini.

"Minggu hadapan pula kita akan berjumpa dengan syarikat minyak dan tindakan akan diambil jika terbukti mereka melakukan kesalahan tersebut," katanya selepas merasmikan festival 'WorldFood Expo 2017' anjuran LuLu Hypermarket, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pengguna meluahkan rasa kecewa apabila mendapati stesen minyak yang sering dikunjungi ditutup lebih awal pada malam Rabu.

Mereka mendakwa penutupan itu disengajakan, disebabkan peniaga mahu mendapat untung lebih sebaik harga petrol RON95 dan RON97 diumumkan naik empat sen dan harga diesel naik tujuh sen berkuatkuasa tengah malam tadi.

Sementara itu menyentuh mengenai saranan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta ahli Umno merapatkan saf perjuangan parti, Hamzah berkata beliau sangat  bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Ya saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno bersetuju dengan Presiden yang mahukan ahli-ahli parti merapatkan silaturahim dan memperkukuhkan parti kita," katanya.

Katanya lagi, beliau sedar apa keadaan sekalipun pembangkang akan mencuba untuk mencari isu yang boleh menyebabkan ahli Umno merasa kurang senang apabila berhadapan dengan rakyat.

"Jadi saya nasihatkan ahli Umno agar tidak mencari kesalahan remeh yang boleh menyebabkan kita berpecah belah," katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai 'World Food Expo 2017', beliau mengajak orang ramai untuk menyertai festival tersebut memandangkan ia menyediakan pelbagai tawaran hebat khas buat pengunjungnya.

"Daripada apa yang kita tahu, menu makanan yang mereka sediakan untuk semua pengunjung yang datang ke festival ini akan bertukar-tukar setiap tiga hari.

"Selain itu, saya difahamkan juga mereka akan menawarkan potongan harga  bermula 10 hingga 30 peratus terhadap 250 barangan yang dijual di pasaraya ini," katanya.

World Food Expo 2017 adalah festival ke dua yang dianjurkan oleh LuLu Hypermarket sebagai usaha memperkenalkan kepelbagaian makanan di serata dunia.

Penganjuran festival ini juga memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memperkenalkan produk masing-masing.

Selain menawarkan pelbagai makanan, festival ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti pertandingan memasak untuk merapatkan hubungan antara pengunjung yang hadir.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Kalu parti lobai munapik kat zimbabwe tu tegolek dog, barulah harga minyak betol2 turun

Anonymous said...

Parti Amunapik Semalaysia.

Unknown said...

Assalamu alaikum wr wb...saya agustina member MBAH SANGKIL yang berhasil,angka yang di berikan MBAH SANGKIL kemarin 4d SGP tembus 100%,syukur alhamdulillah dapat kemenangan (400.juta) terima kasih banyak MBAH SANGKIL,berkat bantuanny saya sudah bisa melunasi hutang bapak saya sama rentenir,dan bukan hanya itu MBAH saya juga sudah bangunkan rumah untuk kedua orang tua,bagi teman-teman pecinta nomor togel kalau mau menang s eperti saya lansung hubungi MBAH SANGKIL di nomor hp: 0852-1049-3757 tidak usah di ragukan lagi karna saya sudah membuktikannya adapun bantuan lainnya selain pesugihan nomor togel (1.) Pesugihan Uang Ghaib (2) Pesugihan Minyak Penarik Uang (3) Pesugihan Uang Balik (4) Pesugihan Bank Ghaib (5) Pesugihan Tuyul (6) Pelet Ampuh (7) Transfer Janin

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.