Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BERSENDIRIAN

PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno
Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan
 
KANGAR - Pas tidak pernah menjalin kerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU14, kata setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, Pas hanya menjalin kerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda sama dengan perjuangan parti itu seperti dalam isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355).

“Majlis Syura Ulama telah menjelaskan tidak boleh bekerjasama (dengan Umno).

“Bagaimanapun dalam isu RUU355, kita bekerjasama dengan kerajaan pusat supaya rang undang-undang itu boleh dibentangkan di Parlimen,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri Pas Perlis di markas parti itu di sini, hari ini.

Mengenai PRU14, Takiyuddin berkata Pas akan bertanding kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dimenangi bekas rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan juga Umno.

“Kita mensasarkan memenangi tidak kurang 40 kerusi Parlimen termasuk kerusi yang dimenangi Umno selain PKR.

“Oleh kerana kita tiada lagi hubungan politik dengan PKR, kita akan tetap meletakkan calon di kerusi yang ditandingi parti itu yang kemungkinan boleh menang termasuk kerusi Umno,” kata Takiyuddin.

Beliau berkata Pas yang memenangi 21 kerusi Parlimen pada PRU13 mempunyai strategi realistik dan Majlis Syura membenarkan calon bukan Islam diletakkan di  kerusi majorti pengundi bukan Islam.

Pas kini sedang mengenalpasti tiga calon di setiap kerusi Parlimen untuk dikemukakan kepada  Majlis  Syura  yang akan membuat tapisan bagi memilih seorang mewakili parti itu di setiap kerusi ditetapkan.

Mengenai pindaan Enakmen Tatacara Jenayah 2002 (Rang Undang-Undang Jenayah Syariah) yang dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 11 Julai lepas, Takiyuddin berkata ia hanya terpakai kepada orang-orang Islam dan kesalahan yang dilakukan dalam negeri Kelantan sahaja.

“Orang bukan Islam tidak terlibat. Jadi, mengapa mereka harus takut atau gusar. Pelaksanaan undang-undang ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada  negeri  melaksanakan Undang-Undang Syariah sendiri,” jelasnya.

Pindaan itu antaranya melibatkan pelaksanaan hukuman rotan syariah tidak lebih enam sebatan di tempat terbuka yang diwartakan termasuk dalam mahkamah, dengan disaksikan tidak kurang empat orang Islam di hadapan pegawai perubatan kerajaan beragama Islam. – Bernama

15 orang berkata:

Anonymous said...

Kera sumbang. Duduk sorang2 atas dahan pokok reput. Tak ada sapa nak berkawan. Kesian kera sumbang...

Anonymous said...

Bro nak gubal hudud/aryuyu tapi nak menang cuma 40 kerusi, guane tu? Umpama budak sekolah bercita2 nak jadi doktor tapi SPM cuma target gred 2.

kalau setakat nak cari redha Allah lagi baik jadi badan dakwah. Atau pun tak payah bertanding politik langsung. Pas cuma jadi agen konsert rock dakwah pun ok jugak, ada masyuk. Atau labur dlm cryptocurrency pun masyuk jugak.

Anonymous said...

Mana pulak sendirian? Kan pas gabungan PIGS.

Nak kelentong lagi ye? Temberang betul ahli PIGS ni

Anonymous said...

Pas Ikatan Gagasan Sejahtera PIGS!!! HAHAHA

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7348] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 680 JUTA , wassalam.


Anonymous said...

Statement terdesak walau tidak di hati. Ahlinya keluar saban hari.
Sokongan di semua negeri semakin hambar.
Rakyat bijak dak tidak boleh terima apabila sebuah parti kononya memperjuangkan Islam berkonspirasi dengan parti perasuah.
Tolak pas hukuman rakyat kepada si penjual agama.

Anonymous said...

Taki ni sememangnya pro umngok dari dulu.
X sedar lagi ke?

Idaghe Hernadez said...

Are you interested in joining the great illuminati, here is a life
transforming opportunity into the world of the
rich, you will be given $5,000 every two weeks as a membership
blessings, powerful and famous.
Inbox, OR send a friend request
Whatsapp +13176681073

Anonymous said...

setakat? gila ko redho Allah ko cakap "setakat"..pas bukan nak cari redha Allah, pas penipu.. org politik semua penipu.. kalo asal dia pada mulanya betul pun last sekali dia jadi penipu gak.. tapi ko memang terror redha Allah ko cakap" setakat"... ko ngan pas sama2 je bodoh terbabas dek kerana politik hihihi..

Anonymous said...

aku ahli pas..
ingat aku & famili nk undi pas ke..
undi pas mcm undi umno...
yg x de otak je yg undi pas pun... bodo tgk kelantan ckup..
no1 hiv pil kuda pondan air bersih sampah kemiskinan jln raya pengangguran banjir tebang balak.. senang citer 1001 musibah...

Anonymous said...

ok xpe bro sementara ni jgn pangkah.. esok2 kalo pas dan dap dah baik2 ko pangkah la pas balik.. pastu ko wat u turn, cari dalil terbaik nak backup balik camne..wat u turn je no problem.. serius x amek ati.. hihi

Anonymous said...

Ekekeke pak karam ni dulu ahli umno. Korang mana tau sejarah dia ni.

Anonymous said...

Suka hati kau lah lebai..dasar bangsat..tak ada pendirian..

Anonymous said...

Lagi dekat nak mati, lagi byk dia menipu.

Anonymous said...

11.03
Tak ada uturn2.
Asal pas aje mesti tolak.
Biar org 3 1/4 je undi pas

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.