Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MARI KITA IKUTI SIAPA YANG AKAN KENA !


Agong perkenan penubuhan suruhanjaya siasat Bank Negara
bank negara

KUALA LUMPUR –  Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V perkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata penubuhan itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan penubuhan suruhanjaya siasatan itu berkuat kuasa 15 Julai 2017.

Selaras dengan peruntukan Akta 119, Seri Paduka turut memperkenankan keanggotaan suruhanjaya dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik menjadi pengerusi suruhanjaya.
Bidang kuasa suruhanjaya itu adalah:

Menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara.

Menentukan sama ada penglibatan Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut adalah bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.

Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.

Mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabkan kerugian Bank Negara Malaysia serta menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu; dan Mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang  sama tidak berulang
Kenyataan itu berkata suruhanjaya itu akan menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan mulai tarikh kuat kuasa penubuhannya dan akan menyembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan keanggotaan suruhanjaya yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon dan Ahli Institut Akauntan Malaysia yang juga Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young, Pushpanathan S.A Kanagarayar.

Baginda turut memperkenankan pelantikan Setiausaha Bahagian Pelaburan Kementerian Kewangan Datuk Dr. Yusof Ismail sebagai setiausaha suruhanjaya.

Berhubung pelantikan  Mohd Sidek  sebagai pengerusi suruhanjaya dan Saw sebagai ahli suruhanjaya, kenyataan itu berkata ini adalah bagi mewujudkan kesinambungan memandangkan 

mereka telah menganggotai Pasukan Petugas Khas mengenai perkara yang sama sebelum ini.

Keanggotaan ahli-ahli yang lain adalah mengambil kira kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang-bidang yang berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan suruhanjaya, kata kenyataan tersebut. - Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

Aku setuju ja. Siasat semua jgn nak selindung2. Lebai ka sapa ka kasi siasat semua, kalau salah kasi sumbat masuk jel.

Agus Sodikin said...

Permisi saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang mantan TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong, Katanya udah beberapa kali minta bantuan sama dukun melalui nomer togel tapi ujung2nya tertipu hanya MBAH WIRANG yg berhasil membantu dia melalui pasang nomer togel 4D.. Disitulah saya tertarik dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D malaysia dari hasil meditasi ritual beliau. Singkat cerita alhamdulillah nomer itu betul-betul terbukti tembus sya menang RM.578.000, saya tidak menyanka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) untuk lebih jelas kunjungi forum MBAH >>>KLIK DISINI<<< muda2han masih bisa membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

1MDB ???

Anonymous said...

Pegang anjing, boleh samak dan gi solat.

Makan dedak 90juta boleh samak ke?

Anonymous said...

semua boleh samak, kaki bontot pun boleh samak hehe.. xda hal.. yg sumbat org dlm jel atas tuduhan kaki bontot pun boleh samak xda masalah hehe.. xkan la belah ko je boleh samak tp belah orang lain x boleh.. mana boleh gitu hihi..samak sama2 la demi secebis kuasa, ape masalah hihihi.. jgn gaduh2.. samak sama2 hihihihi

Anonymous said...

Sekadar tuduhan dan fitnah tak perlu samak,,samak mulut yg melakukan fitnah tu ada la. Oh ya,,yg khalawat dgn bini kawan sendiri seperti mat sabu tu kena samak.

Anonymous said...

Dosa fitnah terhadap manusia kena minta maaf x?

Anonymous said...

Pas bakal jadi parti lebai malang....

Anonymous said...

Kelantan bakal dapat pemerintahan baharu pada pru 14.
Tahniah Kelantan.
Misi bina Kelantan semula

Anonymous said...

semua parti fitnah... kemon la umur ko berapa ni? ko ingat wujud ke parti politik demokrasi yg x fitnah orang hehehe kemon la.. ko ni darjah 6 ke iaitu bersamaan 12 tahun?hehehe.. jgn serius sangat yg x ketentuan arah dan wat lawak bleh x.. hehehw

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.