Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI CINA TINGGALKAN PAKATAN HARAPAN SEBAB MAHADHIR ?


Umno Kedah yakin berlaku 'tsunami Cina'
0
Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
 
JITRA – Umno Kedah yakin akan berlaku ‘tsunami Cina’ yang memihak kepada BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak berikutan pengundi Cina hilang keyakinan terhadap DAP kerana bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keyakinan pengundi Cina kepada DAP juga merosot selepas menyaksikan suasana di Pulau Pinang yang diterajui parti itu.

Umno Kedah juga yakin akan berlaku ‘tsunami Melayu’ pada PRU nanti kerana keyakinan mereka terhadap BN semakin meningkat, katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Agung Perwakilan Tahunan kali ke-5 Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Alumni Belia 4B Malaysia, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

Mengulas isu berkaitan, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata, BN negeri tidak gentar sekiranya Dr Mahathir mahu bertanding di negeri itu termasuk di Langkawi.

“Langkawi atau Kubang Pasu atau tidak kira di mana dia (Dr Mahathir) bertanding, kami tidak gentar malah mengalu-alukannya. Tetapi dia perlu ingat, BN di Langkawi tidak akan tergugat kerana rakyat di sana akan buat keputusan yang terbaik untuk Langkawi sendiri,” katanya. - Bernama

6 orang berkata:

Anonymous said...

ayat2 lulusan SRP bercerita..

Anonymous said...

Orang Cina tidak sebodoh org umNgok
Pak karam tolong jangan ambil statement
dari parti sampah, busuk dan kotor.
Berapa kali dah ingatkan! Diaorg ni sampah

Anonymous said...

Cina nak sokong sapa pun iru dia punya pasal. Yang penting, sebelum malaikat izrail cabut nyawa korang, tolong bayar balik duit saham kohilal kami. Kalau korang tak bayar, kami tuntut depan Allah nanti. Duit saham kohilal tu bukan duit mak bapak korang

Anonymous said...

Tuntut tuan. Sampai hati lebai buat mcm tu...

Anonymous said...

kesian kat pelabur kohilal. sampai hati pak lebai tipu pelabur. memang jenis dajjal ni suka tipu org.

Anonymous said...

Jkm/polis/sprm/pejabat agama tolong pantau tabung2 yg berkaitan dgn pas di pasar pagi/mlm sekitar kulim/Bukit Mertajam/Penanti yg diuruskan oleh 2 org yg disyaki ahli Lebai.. Pekerjaan tiada..kerja letak tabung je... seorg botak & seorg gemuk yg disyaki ahli Pas dari kawasan Pdg Serai...... Takkan punya bangsat Pas sampai kerah Ahli mengemis kt premis awam... mcm ni ke imej Parti Islam.adakah Mengemis itu ada di dlm Islam.....mcm2 jenis tabung yg depa bawa dgn jumlah yg byk2.... Kepada Pimpinan Pas Kedah tolong pantau kejelikan ahli anda ini..... bt malu islam je...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.