Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBAT DIKHALAYAK RAMAI


HUKUMAN ELOK DIJALANKAN DIHADAPAN MASJID PADA SELEPAS SOLAT JUMA'AT DENGAN TERLEBIH
DAHULU DIUMUMKAN PADA JAMA'AH QARIAH
 
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
 Sebat di tempat umum selepas enakmen diwartakan
0
Sebat di tempat umum selepas enakmen diwartakan

KOTA BHARU - Hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan akan dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) diwartakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan tempat-tempat strategik bagi menjalankan hukuman itu.
"Secara peribadi saya berpendapat tempat umum seperti di dewan, di luar mahkamah atau hadapan masjid boleh digunakan untuk menjalankan hukuman itu, namun kita akan bermesyuarat untuk memperhalusi perkara berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Semalam, Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Mohd Nassuruddin berkata, selain rotan, perkara lain yang ditambah baik dalam enakmen itu termasuklah penambahan peruntukan berkaitan khidmat komuniti sebagai hukuman alternatif, yang bersifat mendidik serta membenarkan penggunaan gari dalam penguatkuasaan terhadap suspek.

"Hukuman rotan dalam Islam ini bukan bertujuan untuk mendera tapi lebih kepada mendidik pesalah," katanya.

Kerajaan Negeri Kelantan, katanya kekal dengan keputusan untuk melaksanakan hukuman itu kepada orang Islam sahaja kerana ia hanya membabitkan undang-undang Mahkamah Syariah Kelantan dan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Aku setuju sgt dgn tindakan Pas kelantan...
tapi kena ingat.. didalam ketegasan melaksanakan udg syariah... x lupa tanggunjawab wajib sesebuah kerajaan kpd rakyat cth air bersih peluang kerja prasarana awam jln raya baru..yg kita tahu kelantan antara negeri mundur & bermasalah dlm Malaysia....

Anonymous said...

Sapa ambik dedak pun wajib disebat di depan masjid. Ada berani???

Anonymous said...

Sunatkan je cagu yg tunjuk kotey kat wassup tu kat depan masjid. Topi german tu bagi makan kat hanjing

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.