Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIPEMITNAH WAJIB DISAMAN, FITNAH OLEH HUSAM SANGAT MEMALUKAN KERAJAAN KELANTAN


 SEPATUTNYA PERIKSALAH DULU,
BUKAN BUAT TUDUHAN SEMBRONO.

KERAJAAN KELANTAN TOLONG SAMAN ORANG PAN INI.


-Pak Karamu-
Projek karbon tidak kutip wang


Projek karbon tidak kutip wang
Fadzli (kanan) menjawab soalan wartawan ketika sidang media di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.


KOTA BHARU - Kerajaan negeri menafikan pernah mengeluarkan arahan meminta Syarikat Climate Protector Sdn Bhd atau mana-mana pihak mengutip wang untuk melaksanakan projek karbon kredit.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan berharap mana-mana pihak yang membuat apa jua bayaran agar membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan oleh pihak berwajib.

“Kita telah panggil pihak syarikat dan mereka telah memberikan pembentangan. Apa sahaja dakwaan yang wujud kepada syarikat itu, mereka akan buat penjelasan dalam masa terdekat.

“Kita juga telah minta pihak mereka sendiri maklumkan apa yang saya nyatakan hari ini ialah di pihak kerajaan,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Kenyataan itu dibaca oleh Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Fadzli Hassan mewakili Ahmad.

Sebelum ini terdapat dakwaan mengatakan RM17 juta wang hasil pelaburan orang awam telah dikaut atas tujuan saham pelaburan projek tersebut dan berselindung di sebalik perjanjian kerajaan negeri dengan syarikat itu.

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa sebelum ini menggesa Bank Negara mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan tetapi memeterai perjanjian dengan Kerajaan Kelantan seluas satu juta ekar.

Husam juga mempersoalkan kelayakan sebuah firma menguruskan tanah tersebut walaupun tidak mendapat kelulusan beroperasi daripada Bank Negara.

Ahmad berkata, pihak syarikat tersebut akan beri penjelasan dalam masa terdekat ini, selain menjelaskan Kelantan negeri pertama yang melaksanakan projek seperti itu.

Beliau berkata, tiada sebarang perjanjian menggadai atau mengguna pakai tanah berlaku tetapi kerajaan memberi tempoh 24 bulan kepada syarikat tersebut untuk buat kajian sama ada projek itu sesuai dilakukan atau tidak, sebelum sebarang perjanjian lanjut dibuat.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan tindakan undang-undang diambil terhadap dakwaan tersebut, beliau menegaskan, perkara itu masih dikaji.

“Kita telah buat keputusan dalam mesyuarat exco dan pihak pejabat penasihat undang-undang negeri akan lihat tindakan yang sewajarnya nanti.

“Kita akan kaji dulu. Kalau perlu, kita akan saman,” katanya.

9 orang berkata:

PAK SUTOMO DI PALEMBANG said...

Sudah berkali-kali saya mencari tempat yang menyediakan pesugihan,mungkin lebih dari 15 kali saya mencari paranormal mulai dari daerah jawa garut,sukabumi, cirebon, semarang, hingga pernah sampai ke bali ,namun tidak satupun berhasil, niat mendapat uang dengan jalan pintas namun yang ada malah kehabisan uang hingga puluhan juta, suatu hari saya sedang iseng buka-buka internet dan menemukan website dari MBAH BUDI HARTONO, sebenarnya saya ragu-ragu jangan sampai sama dengan yang lainnya tidak ada hasil juga, saya coba konsultasikan dan bertanya meminta petunjuk pesugihan apa yang bagus dan cepat untuk saya, nasehatnya pada saya hanya disuruh yakin dan melaksanakan apa yang di sampaikan Mbah Budi Hartono, semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari alhamdulilah akhirnya MBAH BUDI HARTONO membantu saya pesugihan dana gaib 3M yang saya tunggu-tunggu tidak mengecewakan, yang di janjikan cair keesokan harinya, kini saya sudah melunasi hutang-hutang saya dan saat ini saya sudah memiliki usaha sendiri di palembang, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi MBAH BUDI HARTONO di 085256077899 atau kunjungi wibsitenya agar lebih di mengerti KLIK PESUGIHAN DANA GAIB DISINI tidak lansung datang ke jawa juga bisa, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. alhamdulillah hasilnya sama baik

Anonymous said...

Ya sila lah saman husam. Dah naik sebu telinga aku dengar pas nak saman husam. Bila ntah? Lebai takut kena siasat ke?

Anonymous said...

Lobai Nasa dedak bila nak saman rafizi? Dah dekat 3 bulan dah...

Anonymous said...

Duit nak saman SR dah cukup ke? Dah berapa juta buat kutipan tin milo?? Ada 5 juta dah?

Anonymous said...

Saman sykt korea yg nak buat lebuh raya kat klate tu dah bayar ke belom? Hehe

Anonymous said...

Cerita pas nak saman ni dah puluh2 kali koi dengar.

Tapi habuk tarakkkk.

Kono saman ado la

Anonymous said...

Bab temberang, kelentong ni serah je kat lobai2 tu....

Anonymous said...

Sebenarnya niaga apa yg pas nak buat tu? Mcm niaga 1mdb jugak ker?

Anonymous said...

Kalu parti lobai kat zimbabwe tu tak munapik, memang dah telentang perompak2 mega tu. Tapi munapik punya pasal, perompak2 makin ganas

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.