Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP PENIPU ?


Berhenti jadi mangsa penipuan DAP: Ahmad Zahid
0
Berhenti jadi mangsa penipuan DAP: Ahmad Zahid
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) memotong pulut kuning sempena dua tahun beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka hari ini. - Bernama
 
MELAKA - "Pengundi masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji yang ditabur mereka kepada rakyat," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden itu berkata, pada PRU12 dan PRU13, DAP mencanangkan bahawa mereka mampu membela rakyat namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

"Sudah dua kali (PRU) mereka (DAP) buat demikian, mereka boleh berkokok tetapi bila (rakyat) beri kuasa di Pulau Pinang mereka tidak boleh jadi baik daripada kerajaan (BN) yang terdahulu.

"Saya seru kepada pengundi Cina, cukup-cukuplah ditipu DAP, PRU14 nanti patah baliklah kepada BN," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; Ketua Umno Bahagian Kota Melaka Datuk Latiff Tamby Chik dan lebih 1,000 perwakilan bahagian itu.

Ahmad Zahid berkata, bagi mendapatkan kembali kepercayaan pengundi Cina pada PRU14, BN terutama parti komponen MCA dan Gerakan perlu bekerja keras bagi membuktikan bahawa BN mampu membela nasib pengundi masyarakat itu.

Beliau berkata, segala cabaran dan tentangan daripada pembangkang perlu dipatahkan, malah BN perlu terus bekerja keras daripada sekarang bagi menghadapi PRU14 bagi mengelakkan parti itu 'dijadikan sejarah' oleh rakyat.

"Saya yakin dengan usaha keras ini kita mampu merampas semula kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang sejak 2013.

"Pada PRU lepas, pihak pembangkang telah memberi cabaran besar kepada kita lebih-lebih lagi dalam menarik sokongan pengundi namun ia tidak seharusnya melemahkan semangat anggota BN untuk bangun meneruskan perjuangan parti," katanya.

Beliau turut menasihatkan supaya ahli Umno tidak menyerah kalah sekiranya tidak mengecapi kejayaan dan terus berjuang bagi menarik sokongan pengundi.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan, gerak kerja dalam menghadapi PRU14 perlu menjadi keutamaan bagi setiap ahli Umno berbanding niat untuk bertanding pada pemilihan parti.

Beliau berkata, perkara utama yang perlu menjadi fokus adalah kemenangan parti pada PRU14 dan beliau tiada sebarang halangan bagi mereka yang berminat bertanding pemilihan parti akan datang.

"Tidak salah untuk memasang niat kerana sesiapa sahaja layak bertanding namun mereka perlu memberi penekanan penuh dalam mempersiapkan jentera dalam menghadapi PRU akan datang.

"Semua anggota Umno jadikan persiapan jentera dan menawan pengundi lebih utama daripada menyiapkan diri sebagai calon dalam pemilihan parti akan datang," katanya. -Bernama

27 orang berkata:

Anonymous said...

MCA menyelar DAP yang berkata parti itu meminggirkan masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu, dan mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang kerana lebih banyak membantu Bumiputera daripada kumpulan lain.



“Selepas mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, dalam hanya 8 tahun, ketua menteri Pulau Pinang membelanjakan RM4.5 juta untuk hal ehwal Islam di negeri itu, tetapi memperuntukkan cuma RM7.7 juta yang diagihkan kepada semua agama lain,” kata Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen dalam kenyataannya.

Beliau turut mempersoalkan peruntukan RM8 juta oleh kerajaan Pulau Pinang kepada 20 buah sekolah aliran agama, di samping pemberian 90% kontrak kerajaan kepada Bumiputera.

“Dibandingkan era Dr Mahathir, Pulau Pinang di bawah DAP lebih banyak memperuntukkan kepada masyarakat Bumiputera,” kata Chai.

Zahid Komedi ni pun Pakkaram percaya...Ha3

Anonymous said...

Kami pemuda Melayu dan Islam dari parti umno dan pas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dap kerana memberi peruntukan yang banyak kepada bangsa Melayu Islam sehingga masyarakat Cina dan India terasa dipinggirkan. Tindakkan ini amat merugikan sehinggakan peruntukkan pembinaan Tokong dan Kuil terpaksa ditangguhkan akibat dana yang kecil.
Oleh itu kami dari umno dan pas khasnya amat berharap agar dapat diagihkan sama rata kepada sahabat kami dari MCA, Gerakan dan MIC agar mereka dapat membina Tokong dan Kuil yang selesa.
Marilah kita merapatkan saf bersama-sama umno dan pas memulakan kempen menolak dap dari negeri Pulau Pinang. Kita mohon pengundi terutamanya dari kalangan parti pas di negeri Pulau Pinang mengundi Barisan Nasional agar negeri Pulau Pinang dapat dikembalikan kepada Gerakan, MCA atau MIC.
Semoga kehadiran Pas meletakkan calon bagi setiap kawasan yang memungkinkan perlawanan 3 penjuru dapat mengagalkan barisan pakatan harapan kekal berkuasa seterusnya membuka dimensi baru kepada barisan nasional kembali memerintah Pulau Pinang dengan adil dan saksama kepada semua bangsa bukan hanya tertumpu kepada bangsa melayu Islam sahaja seperti sekarang. Amiiin

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [8835] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 780 JUTA , wassalam.
DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Pak karam ni walaunta tegar. Kalau hadi peluk najib, pak karam akan sokong najib. Dulu hadi peluk lim kit siang, masa tu pak karam gantung gambar LKS dlm rumah sebelah gambar hadi. Pak karam ni pemuja lebai hadi.

Anonymous said...

Pak karam petik berita dari sumber mana tu? Pak karam dah tak baca harakah ke? Patutla harakah dah bungkus, ahli pas sendiri pun dah baca akhbar utusan dajjal.

Anonymous said...

Macamana 5 anak sykt ladang rakyat boleh rugi dan 4 drpnya tutup kedai pd tahun 2016/2027?? Apa korang dah buat? Kohilal hancur. Ladang rakyat pun hancur jugak. Korang ni tau mengurus ke tak? Korang sibuk bagi ceramah politik yer? Korang tak buat kerja yer?

Durian kunyit dalam hutan untung berapa juta setahon??

Anonymous said...

2017/ 2017

Anonymous said...

Jaga hutan, hutan hancur.
Jaga kohilal, kohilal hancur.
Jaga tabung mamali, tabung hancur.
Jaga cikgu, duit potongan gaji cikgu hancur.
Jaga tanah cina, tanah cina hancur.
Jaga balak, balak hanyut.

Jaga ladang rakyat, ladang pun hancur jugak.

Apa sebenarnya yg ko boleh jaga sebenarnya? Jaga dedak kot?

Anonymous said...

Eloklah ko tutup kedai aje sebelum semuanya hancur..

Anonymous said...

Penipu betul. Kata nak saman hari selasa. Dah berpuloh2 selasa tak saman jugak. Tak kan la tak tau alamat rumah husam...

Anonymous said...

Pelik aku. Macamana unta2 tu bole percaya bulat2 kat koldai

Anonymous said...

Nak saman kutip tabung dulu. Kalah saman besok kutip tabung lagi. Rakyat bayar tabung. Pemimpin pakai duit tabung....bodo punya pengikut. Otak letak kat jubo ke?

Anonymous said...

Makin lama makin sikit org nak isi tabung. Sbb sudah ramai lari masuk amanah.

Anonymous said...

Harakah pun dah hancur. Dah tak laku, ahli2 pun dah tak baca akhbar harakah yg mirip mcm utusan dajjal. Berita2 dlm harakah dah dipenuhi cerita nafsu serakah pak lebai. Korang tolong la halau hadi tu sebelum pas betul2 hancur.

Anonymous said...

Geng perompak kata org lain merompak. Geng penipu akan kata org lain menipu.


Sbb org kentut akan kata orang lain yg kentut.

Anonymous said...

x sampai 10k harakah dijual..
e-paper harakah pun x laku..
harakah daily pun x byk mcm dulu dh view... tu tanda Pas nk bungkus & ditanam....

Anonymous said...

Selasa tu ade dlm perkataan Zimbabwe... maksud Selasa dlm bahasa Zimbabwe=` TAK Saman'…………… saja syok kutip tabung nk sara bini 2 kt umh... audi gi..porhce.. velfire... range rover...

Anonymous said...

oooo patut le Ostad deris mat ade letak tabung milo kt mesjid aku.. dia kata tabung saman Sarawak report... hallo brader... yg nk saman tu Pas.. ape sangkut dgn masjid!!!!!! kepala bapak betoi la puak2 Pas ni....

Anonymous said...

Sedarlah pak karam. Pas dah pupus
hahahah3

Anonymous said...

Ustad bangsat munafik..balun duit rakyat 90juta..mcm sial

hamim said...

Sekarang ni tak tau yang mana satu tak menipu, jangan lupa ALLAH MAHA MENGETAHUI, YANG BAIK AKAN DIBALAS BAIK, YANG TAK BAIK TUNGGULAH AZAB DARI ALLAH DI AKHIRAT KELAK.

Anonymous said...

Akhir zaman ni lanun pun dah pakai serban dan simpan janggut. Kalau tak pandai nak bezakan kita akan mudah terpedaya. Mereka ni bijak menipu dgn menggunakan ayat quran.

Anonymous said...

kami tunggu Allah swt balas kpd yg balas,pusing & pelingkop duit saham kohilal...
semoga dilaknat donia & akhirat... tak kira walaupun anda Tuan Guru,Ulama no2, Dewan Ulama, Timbalan MB, Ustaz,Lobai... sila bertanggungjawab....

Anonymous said...

zaman ni memang ko x tau mana 1 yg menipu..ini zaman fitnah.. semua manusia jadi kebingungan, rambah2 yg x ngaji beringus meleleh tapi poyo.. memang tol la ko cakap tu, x leh nak di nafi.. tapi ada 1 barang takleh tipu iaitu aliran dalam beragama.. yg bersanad sampai nabi atau yg putus sanad..dua tu je.. yg ni x leh tipu.. biar pun penyamun yg dok dalam aliran tu.. kalo dia duk dalam aliran yg benar, yg salah ialah tgkah laku penyamun tu sendiri,bukan aliran tu.. berbeza ngan yg putus sanad.. walau dia cantik mana pakai elok sopan santun, suara lantang nmpak berani, tapi dia telah duduk di aliran yg dah terkeluar track.. insyaAllah dia akan ajar ko sesuatu yg batil pula hehe.. walaupun cara dia cantik hehe..yg di ajar ko nanti buka batil didalam hal yg main2 pulak tu, termasuk didalam bab aqidah.. sebab dia dok pegang aliran yg terkeluar track.. cara macam bagus je luaran, last2 bila ajar bab akidah, tuhan ada muka, tuhan ada kaki, tuhan ada tangan,tuhan duduk atas langit, tuhan duduk atas arasyh dsbgnya.. bila ajar bab feqah, yg khilaf dia nyalak2kan mcm dah qat'ie.. kawan ngan kafir jadi kafir, pangkah parti lain masuk neraka, tahlil x bleh, ziarah kubur x bleh, maulid nabi saw x bleh, tawasul x bleh, tabaruq x bleh, istighasah x bleh, ..tapi kalo maulid(besday) dia sendiri bukan main meriah dia sambut hehe.. kalo dia nampak mcm bukan penyamun sekalipun, elok je sopan lantang berani tapi kalo dia dah ajar ko bab aqidah mcm tu bahawa tuhan ada muka ada tangan ada kaki.. nak jadi ape ko hehehe.. ahliran yg bersanad ialah ahlusunnahwaljamaah.. ape ketenlanjuran individu, itu salah individu tu sendiri tapi aliran tu benar bersanad hingga nasi saw.. insyaAllah.. jgn ikut2an mcm kerbau kat sawah asal cantik je folo taksub hehe..

Anonymous said...

DiMalaysia Kini TPM AHMAD ZAHID HAMIDI menunjukan kad pengenalan Tun Dr Mahadir warna biru, Nama Tun ialah Mahadhir A/L Iskandar Kuty TPM mengatakan TDM keturunan India, tapi...AHMAD ZAHID lupa dia asalnya wong jowo, bukan wong melayu, kalau begitu PM Bugis, TPM JOWO, PM pertama SIAM kot

Anonymous said...

Berak la indon

An Anonymous said...

Senab itu pas perjuang islam bukan bangsa.. vangang betul lah pan ni

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.