Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP ADA KUASABESAR DALAM P.H

DAP mempunyai kata putus dalam Pakatan Harapan
0
Pelantikan pemimpin Pakatan Harapan hanya sandiwara
Mohamad Fatmi (dua, kiri) menyampaikan duit raya untuk kanak-kanak, hari ini.
 
KOTA BHARU - Pelantikan kepimpinan tertinggi dalam kalangan Pakatan Harapan dilihat lebih kepada sandiwara berikutan kerusi yang ada dalam pakatan pembangkang itu didominasi oleh DAP.

Bendahari Umno Negeri Kelantan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata,  umum mengetahui Penasihat DAP, Lim Kit Siang  merupakan pemimpin veteran yang membuat keputusan dalam pakatan itu.

"Parti Peribumi paling kecil, cuma ada satu sahaja kerusi dalam Parlimen berbanding DAP yang mempunyai lebih banyak kerusi, manakala PKR kedua tertinggi dalam pakatan pembangkang itu.

"Ini bukan main-main, bukan drama, ini bukan badan bukan kerajaan (NGO), sebaliknya ini parti politik yang akan menentukan pemerintahan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Dun Bunut Payong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin dan isterinya, Datin Norezan Abdullah.

Pada majlis berkenaan hampir 20,000 masyrakat pelbagai lapisan menghadiri majlis hari raya berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Hasnan berkata, jentera Umno peringkat Dun Bunut Payong sudah bersedia menghadapi PRU-14 bila-bila masa sahaja.

"Suasana dan keadaan pengundi di Parlimen Kota Bharu kini berpihak kepada kita, jadi kita perlu teruskan buat 'engagement' dengan masyarakat, tidak mustahil Kota Bharu akan jadi milik BN.

"Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru dengan kehadiran Amanah, ia memang akan menguntungkan kita, tetapi BN dan Umno tetap yakin membuat perubahan walaupun bertanding satu lawan satu," katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

pas paling teruk kene ngan dap..sampai jual agama la.. nak bodek dap n raih sokongan punya pasal.. gila betol hehe

Anonymous said...

Ayat untuk melagakan jemaah. Kenapa pak karam suka ambil kenyataan 'Mulut Longkang Umngok'
Statement 'Sampah' dari sebuah Parti Usang

Anonymous said...

um'Ngok' siapa tak kenal. Sebuah parti 'Sampah', 'Kotor' dan 'Busuk'

Anonymous said...

Hadi ada kuasa veto dlm pas, sekor lebai pun tak berani lawan cakap hadi.

Anonymous said...

pemimpin umno cakap tak serupa bikin, dulu semasa bn diPulau Pinang wakil rakyat umno wakil yang terbanyak, sekarang ni kata siapa yang banyak wakil dia yang pegang kuasa, habis dulu tu kenapa koh soo kon jadi km???? umno takut dengan gerakan???? jadi sahlah umno takut dengan parti parti lain, tu lah sebabnya rru yang diambil dari pas diserah semula kepada pas setelah diugut paerti lain dalam bn

Anonymous said...

Pas dan umno dah takut sbb PH makin kuat. Teruskan usaha.

Anonymous said...

PH semakin kuat. InshaAllah. Amiin

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.