Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEPANASAN PRU 14 SUDAH BERMULA


Tolak parti tiada perjuangan bela agama
Zein Isma Ismail
 
Zein Isma
 
SHAH ALAM - Rakyat negara ini harus menolak parti-parti politik yang tidak meletakkan asas perjuangan untuk membela agama dalam Perlembagaan Parti.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, perkara ini dapat dilihat dalam DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mana mereka membuka keahlian kepada semua kaum.

"Dahulu saya terfikir juga kenapa ada parti politik yang membina ruang keahliannya kepada pelbagai kaum dan agama.

"Berbeza dengan Umno dan Pas yang menetapkan keahlian parti hanya kepada bumiputera dan beragama Islam," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Subang berkata, menurut Bahagian II Fasal 5 Perlembagaan 'Parti Keadilan Rakyat' menyebutkan: (5.4) Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

"Perjuangan berasaskan kebebasan atau disebut juga sebagai fahaman liberalisme adalah fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Sejak PKR memperjuangkan fahaman ini, pelbagai isu sosial telah melanda masyarakat kita, antaranya tuntutan untuk kebebasan beragama termasuk membenarkan orang Islam menukar agamanya," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

parti utk melayu islam hanya umno dan pas. dalam umno paling banyak penyangak melayu islam berpangkat HAJI dan HAJAH. pas walaupun parti utk lebai ulamak bagai tapi masih terpalit dgn skandal rm90juta yg masih belum dibersihkan, terbaru ni parti lebai cuba menipu rakyat bagi hutan kat cina tapi tak ada ofis.

Anonymous said...

Tolak parti gelek dangdut dan rock. Mereka mabuk dedak

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.