Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR PERLU BERSEDIA UNTUK HILANG BANYAK KERUSI

kita telah ingatkan PKR berkali-kali tentang PKR tidak sekuat mana, PKR hanya banyak bergantung kepada PAS, namun mereka tidak percaya.
 
Nah sekarang kami tidak boleh berbuat apa-apa lagi.Mereka sendiri yang memilih lubang untuk terjun kedalamnya.
 
PKR memang angkuh, disamping itu mereka tentu
begitu ghairah dengan kekuatan rakan-rakannya didalam Pakatan Harapan.
 
Nah sekarang PKR mula terasa bahawa kekuatan rakan merekapun masih mengharapkan kekuatan yang
tidak tahu kekuatan itu dari sumber mana.
 
Ramai meramalkan bahawa PKR akan hilang banyak kerusi pada PRU 14 nanti, malah ada yang menyatakan o kerusi,
 
Habis nak buat macam mana ?
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
 
 
 
PKR jangan bising Pas mahu letak calon
0
PKR

KOTA BHARU - PKR tidak perlu bising dengan hasrat Pas mahu meletakkan calon mereka bertanding di kerusi PKR kerana tindak-tanduk PKR sebelum ini menunjukkan mereka yang tidak menghormati hubungannya dengan Pas.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tambah pula bila Angkatan Muda Keadilan (AMK), sendiri pernah mencabar Pas bertanding di kerusi yang ditandingi PKR.

“Saya tidak faham kenapa Naib Presiden PKR, Tian Chua, boleh menyifatkan tindakan Pas melancarkan jentera pilihan rayanya di Permatang Pauh pada 16 Julai lalu sebagai 'satu tindakan provokasi dan angkuh'.

“Sedangkan semua tahu bahawa kerjasama politik antara Pas dan PKR telah terputus secara rasmi selaras dengan keputusan Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang diikuti persetujuan Majlis Syura Ulama’ Pas sebelum ini. Muktamar Tahunan Pas itu juga menerima tanpa bahas usul Pas Kawasan Kota Raja dan Kuala Terengganu yang mencadangkan supaya Pas meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi PKR.

“Tian Chua yang aktif dalam PKR Wilayah Persekutuan patut tahu bahawa Perwakilan AMK Wilayah Persekutuanlah yang mencabar Pas bertanding di kerusi yang ditandingi PKR pada Kongres Nasional AMK 20 Mei lalu,” katanya.

Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebelum ini, bahawa Pas akan meletakkan calon di semua kawasan lain milik PKR, bukan sahaja di Permatang Pauh.

Tambah penganalisis politik itu, PKR tidak boleh menyalahkan Pas dalam soal ini kerana Pas telah membuka ruang kepada PKR untuk meneruskan kerjasama politik dengannya jika PKR memenuhi syarat tertentu.

Malah menurutnya, malang sekali apabila PKR bertegas memilih cara politik lain yang tidak selaras dengan syarat kerjasama politik Pas-PKR, menyebabkan hubungan mereka terputus dan kemungkinan ia dipulihkan semula tipis.

“PKR mungkin baru sedar hakikat kebergantungan mereka kepada Pas dari segi gerak kerja pilihan raya dan sokongan akar umbi," katanya.

“Sepatutnya perkara ini mereka sedari sejak awal lagi, tetapi bila mereka memandang rendah kemampuan Pas serta membuat perkara yang menggores hati Pas, mereka perlulah bersedia menerima akibatnya,” tegasnya.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Mintak maaflah. Pkr dah ada pengunsi baru drp amanah dan bersatu. Jumlahnya lebih byk drp pengundi pas dulu.

Kelantan je yg akan tukar pemerintah.

Anonymous said...

Duit saham kohilal bila nak pulangkan? Nak bawak masuk kubor ker?

Anonymous said...

Sebiji macam cerita lebai malang.

Anonymous said...

cuba buat kajian berapa ramai ahli pas yang akan undi pas????

Anonymous said...

Kalu temberang serahkan kat lobai pas.

Anonymous said...

tangkap skali ketua lobai2 yg songlap duit kohilal... sebat dulu dikhalayak ramai pastu sumbat lobai2 kt penjara tgh laut.... patut dia baik dgn umnos.. sama2 najis haram...beradik2..

Anonymous said...

Pelik forum Pakkaramu ni...
Owner Pas..
tapi Ahli Pas x de pun....
mane2 ahli2 Pas ni..
x kan x de telur kot...
x syok le mcm ni....
kata pejuang sejati....
pondan sejati kot...

Anonymous said...

Bersangka baik..
ahli Pas dh masuk PAN..
bakinya Harummanis..
mcm Aku..
bt malu je mengaku jadi Ahli Pas... nk kena Bahan dgn org... Ape Pas boleh buat kt Malaysia.. setakat Ruu355 maki carut kapir mengapir, budak x sekolah pun boleh buat....

Anonymous said...

agak agak pas dapat berapa????? 1 pun entah dapat entah tidak???? tanpa ada sokongan parti parti lain jangan harap pas nak menang, jangan takbur dan jangan sangka pas kuat sangat.

Anonymous said...

Saya akui pas memenangi bnyk kerusi sebelum ini dgn undi org pas,dan dibantu undi pkr dan dap. Tapi, perlu ingat,,pkr pun sama saja. Menang dgn sokongan undi org pas saja. Undi org pkr sendiri banyak mana la sangat. Jadi,,bukan sahaja pkr, pas pun akan bnyk hilang kerusi dan terlepas kpd umbobn. Jadi,,baruah2 dap yg terdiri drpd puak pan,,jgn anggap org lain bodoh mcm hampa no,,hampa tu adalah bekas ahli pas yg bodoh2 dan lari tinggalkan jamaah. Pas ada rungsing ka jika kalah? Yg rungsing ialah golongan munafiq gila kuasa yg diterajui mat sabu syiah sikhalwat isteri kawan sendiri.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.