Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POKOKNYA ADA GOLONGAN DALAM PKR YANG BENCI PAS TAPI PKR BUAT PEKAK BADAK


KERETAKAN PAS PKR ADALAH DISEBABKAN 
ADA GOLONGAN DALAM PKR YANG BELASAH
PAS DAN MENDAPAT SOKONGAN DARI PIMPINANNYA.

MASA ITU YANG PKR NAMPAK IALAH KEBENARAN DARI KEKAWANNYA DALAM PAKATAN HARAPAN TANPA MENYEDARI PERHUBUNGAN TAHALUF SIYASI DENGAN PAS.

MASA ITU APABILA PKR MENDAPAT PUJIAN DARI KAWANNYA, MAKA PKR MEMBONGKAK SOMBONG DENGAN PAS, LALU PKR MEMBUAT KENYATAAN SINIS TERHADAP PAS, INGAT LAGI TAK DI SG: BESAR  DAN TEMPAT LAIN ?

INGAT LAGI TAK ? APA YANG PUCUK PIMPINAN PKR TIDAK MENGATA PAS ?

BILA PAS SUDAH TIDAK BOLEH BERTAHAN, MASIH
LAGI PIMPINAN PKR MEMBELASAH PAS SEHINGGA MENDAPAT SOKONGAN DARI KAWANNYA DARI PAN DAN DAP. INGAT LAGI KE TAK ?

KERANA TIDAK BOLEH LAGI BERSABAR MAKA PAS TERPAKSA MENJAGA MARUAH DASARNYA MAKA PERHUBUNGAN TERPAKSA DI PUTUSKAN
SEHINGGA SEKARANG TIADA HUBUNGAN DIANTARA PAS DAN PKR

SO

IKUTLAH JALAN MASING-MASING
APA NAK HEBUH-HEBUH LAGI ?

DAH GILA TALAK ? MINTA TOLONG LA DENGAN KEKAWAN DALAM P.H, MEREKA KUAT KAN ?


-Pak Karamu- 



PKR pening kepala kerenah Pas
0
PKR pening kepala kerenah Pas
SELEPAS Pulus tahaluf siyasi dengan PKR, Pas seolah-olah sengaja mahu menimbulkan provokasi dan menguji kesabaran pemimpin parti itu.

Semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kembali memanaskan keadaan apabila secara tegas menyebut parti itu akan meletakkan calon di kubu kuat PKR di Parlimen Permatang Pauh pada PRU14.

Bukan sahaja bertanding di kerusi yang kini disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, malah parti itu sedia meletakkan calon di semua kerusi dimiliki PKR sebelum ini.

“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga,” kata Mohd Amar seperti dilaporkan.

Tindakan Pas yang sering dilabel parti Pak Lebai itu itu sudah tentu memeningkan kepala pemimpin PKR sehingga Naib Presidennya, Tian Chua memberi amaran kepada Pas agar jangan menguji kesabaran PKR lagi.

Kenyataan itu berikutan tindakan Pas Pulau Pinang melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh pada 16 Julai lalu.

Tian Chua berkata, program Pas itu satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan Umno dan BN.

Bagi Pas, mereka tidak kisah siapa pun yang akan bertanding di Permatang Pauh kerana sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan politik dengan PKR.

Menang atau kalah bukan menjadi persoalan, kerana misi utama mereka untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dalam politik.

“Di Permatang Pauh, calon ramai jadi tidak ada masalah,” kata Mohd Amar.

Ramai pemerhati politik mengatakan bahawa pada setiap pilihan raya, jentera Pas yang paling berkesan walaupun bukan mereka yang bertanding.

Apatah lagi di Permatang Pauh, PKR memang bergantung kepada Pas dan penyokong-penyokong parti itu, khususnya pengundi di Dun Permatang Pauh yang diwakili Pas.

Tanpa sokongan Pas, PKR boleh berputih mata di Permatang Pauh kali ini.

Ternyata, PKR banyak menerima kesan daripada putusnya tahaluf siyasi dengan Pas dan perang dingin yang melanda kedua-dua parti memeningkan pemimpin PKR.

Malah penganalisis politik turut berpendapat survival PKR kini seolah-olah nyawa-nyawa ikan, selain dilihat lesu dan lemah dengan tiadanya hubungan bersama Pas.

Mohd Shukri Shuib dari Universiti Utara Malaysia berkata, kerugian PKR bukan sahaja dari segi sokongan akar umbi, malah parti itu sukar mengendalikan jentera kempen kerana selama ini banyak bergantung kepada Pas.

“PKR kini memerlukan satu talian hayat baru dengan modal dan tokoh politik baru dan inilah yang perlu PKR cari. PKR juga akan rugi kerana banyak kawasan dimenangi parti itu sebelum ini mungkin terlepas tangan kepada Pas atau BN,” katanya.

PKR semakin menggelabah. Di Selangor, perkembangan ini membawa implikasi paling besar. 

Berikut kedudukan dan bilangan kerusi yang mewakili setiap parti di Selangor: Pas (13), PKR (13), Amanah (2), DAP (14), BN (12) dan Bebas (2). Kedudukan semasa menyaksikan gabungan Pakatan Harapan-Pas mempunyai 32 kerusi.

Sebelum ini Pas dan DAP telah berpatah arang berkerat rotan sehingga kerjasama Pakatan Rakyat tumbang. Walaupun memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, namun Pas menjalani kerjasama berasingan dengan PKR di Selangor.

Walaupun tidak lagi bersama Pakatan Harapan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak gentar dan yakin parti itu akan terus dominan.

“Pas parti paling berpengalaman sebelum merdeka dan sejak merdeka. (Menghadapi parti lain) itu adalah perkara biasa.

“Pakatan bukan baru, Pakatan Harapan dan pelbagai pakatan sejak tahun 1960-an ada yang rebah. Ada yang rebah tak bangun-bangun (tetapi) kita terus bangkit,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Muka x malu..masih lg dok dlm kerajaan selangor..dasar lebai bangsat munafik hipokrit..

Anonymous said...

Nak benci pas ke nak hancurkan pas ke itu dia punya pasal. Korang lebai berjanggut, berserban, bila korang nak pulangkan duit saham kohilal kami. Masa mula jual saham mulut manis bukan main guna ayat quran tarik penyimpan. Sudah dapat duit saham kohilal kami, korang buat pelingkup licin pulak. Dah pelingkup buat muka sardin macam tak buat salah. Kami tuntut duit saham kami sampai akhirat. Kami tuntut selagi korang tak bayar duit saham kami, duduklah korang kat neraka tu selama2nya. Dasar pelingkup saham kohilal korang ni

Anonymous said...

Lepas ni pas rebah tak bangun2. Terus jadi tukun.

Anonymous said...

Hancur harapan timb menteri besar uganda nak jadi menteri besar

Anonymous said...

Parti Ambik Saham

Anonymous said...

audi
porche
velfire
range rover
ambil duit saham kohilal pe beli keta mewah puak2 lobai....
lobai semua mane ade spm?
modal air liur je utk kencing org.....
eat
sleep
kencing....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.