Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NOTHING TO HIDE 2.0


NOTHING TO HIDE  ?
ANDAINYA TUN MAHU BEKERJASAMA DENGAN ANUAR IBRAHIM. DAN JIKA TUN MAHU RAKYAT MEMPERCAYAI ENDIRIAN TUN.
"TOLONG NFIKAN TUDUHAN TUN TERHADAP ANUAR IBRAHIM JIKA TUN MAHU PAKATAN HARAPAN DIPERCAYAI OLEH RAKYAT. KERANA GANDINGAN TUN DAN ANUAR SEBAGAI GANDINGAN YANG KUAT DAN AMPUH LAGI BERSIH" 

ANDAINYA TUN BERSIKAP JUJUR MAHU BEKERJASAMA DENGAN ANUAR, TOLONG NAFIKAN TUDUHAN TUN TERHADAP ANUAR.

NOTHING TO HIDE BARU RAKYAT PERCAYA DAN RAKYAT AKAN LEBIH YAKIN GANDINGAN TUN DAN ANUAR SEBAGAI GANDINGAN KUAT. 


-Pak Karamu-
'Saya dah tua, apa nak takut'
0
'Saya dah tua, apa nak takut'
Dr Mahathir dan Siti Hasmah memotong kek hari jadi mereka ketika Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2017 anjuran Kelab Che Det Malaysia, hari ini. 
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Ahli Majis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tidak akan dibenarkan berdebat dengannya pada forum terbuka, Nothing To Hide 2.0, yang dijangka berlangsung pada 13 Ogos ini.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membenarkan Puad berdebat dengannya dan beliau yakin dengan tafsirannya.

"Perdana Menteri (mesti) tak bagi dia (Mohd Puad) (berdebat dengan saya). Nanti jadi macam (Datuk Seri) Nazri (Aziz) juga," katanya ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2017 bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Ali anjuran Kelab Che Det Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja, sama ada Mohd Puad atau orang lain, namun Mahathir tetap berharap Najib akan menjadi peserta forum terbabit.

"Datanglah Najib atau Nazri sekalipun. Saya dah tua, apa nak takut. Dengan orang tua pun awak nak takut ka?," soalnya kepada Perdana Menteri.

Jumaat lalu, Mohd Puad menyatakan kesediaannya untuk menggantikan Najib pada forum Nothing To Hide 2.0 serta bersedia untuk menjawab segala soalan mengenai 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mahu bertanya mengenai pelbagai isu kepada Mahathir, yang mana kesemua isu tersebut berlaku semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Forum Nothing To Hide 2.0 dijangka berlangsung pada 13 Ogos ini di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, secara terbuka.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Saham kohilal kami bila nak bayar balik? Sebelum mati tu tolonglah bayar. Jangan mu ingat duit saham tu duit mak bapak mu yer..

Anonymous said...

RM42 juta duit saham drp 20 000 ahli habis licin. Kalau bagi perintah negara, habis licin harta negara.

Anonymous said...

Puak ni nak bayor masa kat dalam kubur nanti. Sabor la

Anonymous said...

Duit tabung mamali pun tak tau mana pergi. Duit tu patutnya serah kat balu dan anak yatim mangsa mamali.

Duit tabung tu sapa simpan sekarang?

Anonymous said...

Sudahlah jangan jadi batu api. Hari ini mungkin kau memuja lebai Hadi. Esok lusa belum tau lagi.
Hidup ini bukan kita yang mengaturnya. Pengakhiran kita pun bagaimana kesudahannya.
Ingat sifat Batu Api sangat dibenci dalam Islam kerana membawa kepada pecah-belah dan kehancuran.
Jadi lah blogger yang beretika.

Anonymous said...

Puak2 ni bukan boleh nampak duit byk sikit. Ada je cara nak cilok. Duit potongan gaji cikgu agama pun derang sanggup cilok.

Anonymous said...

Hutan simpan pun dia sapu licin. Sampai sanggup tindas org asli yg hidup miskin.

Anonymous said...

Rakyat bagi amanah tolong jaga harta rakyat. Tapi bila dapat kuasa, tanah cina kapir pun dia ambik bina bangunan puak dia niaga. Nak tunjuk islamik, buat masjid kat atas tanah cina kapir. Hadis dan nas mana entah agaknya puak2 ni ambik....

Anonymous said...

Mata duitan

Anonymous said...

Nak tolong buat rumah mangsa banjir bagi alasan tak ada duit. Tapi boleh pulak bazir duit buat tugu banjir. Nak sembah tugu tu kah?

Anonymous said...

Pakai serban jubah janggut. Perangai teruk

Anonymous said...

Cuba ko cakap kat aku. Selain hj hadi, mana lagi ulamak yg ada maki orang dengan perkataan barua, babi, pil kuda, anjing dalam bukit....

Ada ke?

Anonymous said...

90j dedak - bayar duit 45j saham kohilal= ade lagi 45juta....
bayar je..
x pun dh habis beli keta mewah...

Anonymous said...

kot2 duit derma jihad... derma u.aml... derma itu.. derma ini pun pusing gak pe.. lobai pun x leh caya gak.. x de spm pun tapi pkai keta mewah... gi masjid & surau umum derma jihad... sape audit pun x taw....utk ape derma pun x taw...

hamim said...

KALAU TUN NAFIKAN PUN PAS TETAP PAS, PAS BUKAN GABUNGAN HARAPAN, PAK KARAMU NAK MEYEBOK BUAT APA? NAH SEPOSEN PEGI JAUH JAUH, JAMGAN MENYEBOK HAL ORANG TUA TUA

Anonymous said...

sprm/jkm/pejabat agama tolong siasat audit tabung2 pas kt masjid2 surau awam pasar pagi/mlm..berlunggok...entah betul.. entah tidak...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.