Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Eloklah melayu berpecah macam sekarang ni. kalau nak bersatu hanya bersama islam


Mahathir jangka orang Melayu hilang kuasa 2050
0
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
PUTRAJAYA - Orang Melayu di negara ini dijangka hilang kuasa dan keistimewaan menjelang 2050, sekiranya gagal memperjuangkan nasib bangsa sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap orang Melayu yang gemarkan keselesaan dan tidak mahukan perubahan menyebabkan bangsa itu akan lenyap dari muka bumi ini.

“Inilah keadaan sekarang ini, kerana orang Melayu kita sukakan keselesaan, tidak suka ketidakselesaan. Kita tidak mahu perubahan. Kalau boleh biarlah orang lain yang melakukan dan kalau tidak dapat pun tak mengapa.

“Kalau kita bersikap demikian, masa depan orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang hilang dari muka bumi ini,” katanya dalam Dialog Tokoh Politik Bersama Cendekiawan Melayu, bertajuk Forum Hala Tuju Politik Melayu anjuran Gabungan Intelektual Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Dengan memberi contoh Tamadun Mesir, Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kepada orang Melayu di negara ini.

“Banyak sudah bangsa yang maju sudah tidak ada sekarang ini kerana mereka tidak bertindak menyelamatkan bangsa mereka.

"Kalau orang Melayu tidak mahu bertindak menyelamatkan, kita juga akan menjadi bangsa sama. Saya bagi masa tak lama, dalam 2050 orang Melayu akan hilang,” katanya.

Menurutnya, menjual hak kepunyaan orang Melayu menyebabkan bangsa itu jadi minoriti, hilang kuasa politik dan ekonomi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Bersama lebai temberang . Penjual agama.
Ha3

Anonymous said...

membohong je kerja parti politik yg jual agama ni hehe.. ko nak intai seseorang tu dah terkeluar jalur dalam islam mesti kena intai 3 rukun wajib/fardhu ain..
1-tauhid-jgn sampai tajsim dan tashbih, mesti tanzih
2-feqah-jgn sampai hukum yg qott'ie ko terbalik2 kan..
3-tesauf-jgn sampai pegang wahdatul wujud yg sesat..
kalo ko x langgar garisan2 tu semua insyaAllah ko masih muslim sejati walau ada terlajak2 kekurangan.. insyaAllah..

bukan ko kena intai seseorang tu pangkah pas ke x hehe, bukan bermakna ko x duduk ngan pas ko dah x jadi muslim dah ye, jgn salah paham hehe..
maulid nabi saw pun dia nyanyi bidaah2, dia nak sembang ape g hehehe.. membohong budak2 beringus je kejenya hari2..

Anonymous said...

Jangan jual temberang la lebai musang berjanggut. Korang berjanggut tu bila nak pulangkan duit saham kohilal kami? Korang nak bayar balik bila dah masuk kubor ke? Kami tuntut duit saham kohilal kami walaupun sampai akhirat. Duduklah korang kat neraka selagi korang tak bayar.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.