Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANYAKNYA KERUSI PAS BERI PADA PKR, ITUPUN DEPA KATA PAS JAHAT ?

Beri semula 11 Dun, masalah tiga penjuru selesai
0
Beri semula 11 Dun, masalah tiga penjuru selesai
Abu Bakar(dua kiri) dan Bahrin (kiri) teruja membantu tetamu mengambil pelbagai juadah makanan disediakan pada majlis Rumah Terbuka Pas kawasan Parit Buntar.
 
PARIT BUNTAR - Pakatan Harapan diminta memberi laluan kepada Pas bertanding semula di 11 kerusi Dun milik parti itu jika ingin mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain berkata, 11 kerusi asal Pas yang diserahkan kepada PKR sewaktu perjanjian Pakatan Rakyat dahulu adalah Dun Alor Pongsu, Kuala Kurau, Changkat Jering, Sungai Manik, Kuala Sepetang, Kenering, Bota, Tualang Sekah, Batu Kurau, Jalong dan Manong.

Menurutnya, Pas juga komited mengadakan perbincangan semula dengan Pakatan Harapan bagi mencapai persepakatan dalam melaksanakan format pertandingan dua penjuru, namun bukan untuk menyertai pakatan itu.

"Saya percaya sekiranya Pakatan Harapan ada kesedaran mengadakan persetujuan bagi memastikan pertarungan dua penjuru dengan Pas, pastinya kebimbangan pertembungan tiga penjuru dapat dihindarkan.

"Bagi Pas, asalkan Pakatan Harapan dan PKR bersetuju memberi laluan kepada Pas untuk bertanding semula di sebelas kerusi Dun tradisional ditandingi kami pada PRU14, saya yakin masalah kebimbangan berlaku tiga penjuru akan selesai,"katanya kepada media pada majlis Rumah Terbuka Pas kawasan Parit Buntar di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Pas kawasan Parit Buntar, Bahrin Md Desa.

8 orang berkata:

Anonymous said...

ada mana mana nas kata tu kerusi pas punya?????perasan...kalau tandingpun kalah buat apa???

Anonymous said...

Nak tanding semua kerusi pun tak ada hal. Tapi bayar dulu duit saham kohilal kami yg korang dah lingkupkan tu. Korang ingat korang boleh lepas tangan macam tu aje ke? Kamu akan tuntut depan Allah kalau korang tak bayar sebelum korang kembali kepada Allah.

Anonymous said...

Kawasan yg kamu nak ambik tu bukan ada hutan simpan lagi. Kalau menang pun tak ada balak yg kamu boleh sapu.

Anonymous said...

Manong tempat aku tu banyak kerusi plastik. Nak, ko ambik la.

Anonymous said...

Kalu menang besok, jangan ambik kesempatan cilok duit potongan gaji cikgu agama pulak... Dosa, nanti masuk neraka

Anonymous said...

Jangan haraplah ko nak dapat saham ko tu. Lain kali beringat. Jangan ingat berjubah berserban tu orang jujur. Penipu pun boleh menyamar pakai janggut panjang!

Anonymous said...

Kalu ko byk duit, jgn tunjuk kat lobai dol. Kang habis licin dia sapu

Anonymous said...

3 penjuru senang. Kalah menang Allah tentukan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.