Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UJIAN TUHAN MELALUI BANGSA ISRAIL

     ALLAH JADIKAN BANGSA ISRAIL UNTUK MENGUJI UMAT ISLAM. SAMA JUGA TUHAN UTUSKAN SYAITAN DAN IBLIS  UNTUK MENGUJI UMAT YANG BERTAKWA. KERANA ITU ISRAIL,SYAITAN DAN IBLIS TIADA BEZA
     
    -Pak Karamu-

     UMAT ISLAM BERSOLAT DILUAR MASJID AQSA
Israel buka semula Masjid Al-Aqsa
Umat Islam menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid al-Aqsa selepas ditutup. -FOTO.REUTERS
 
SHAH ALAM - Satu himpunan aman oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia, di Dataran Rehal Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan pada 21 Julai ini selepas solat Jumaat.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan perkara itu menambah himpunan tersebut bertujuan untuk meluahkan perasaan mereka pada dunia.

“Israel menunjukkan keangkuhan mereka dengan menzahirkan persengketaan terhadap Islam dan umatnya serta turut menjadi dalang menyebarkan Islamophobia dan menuduh Islam sebagai ekstremis.

“Mereka kini sedang mencemar dan mencabul kesucian rumah ibadat umat Islam secara kekerasan serta melakukan kezaliman di tanah Palestin.

“Kami ingin memberi amaran kepada Zionis Israel untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa atau sedia menanti kebangkitan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Jumaat lalu, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Israel buka semula Masjid Al-Aqsa]

Saluran berita bebas negara Arab, Al- Jazeera melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.

Bagaimanapun,  Reuters melaporkan Israel telah membuka semula kawasan tersebut semalam.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Allah juga uji rakyat malaysia melalui lebai hadi. pakatan harapan membawa semangat rakyat dan sepakat nak jatuhkan rejim kleptokrasi tapi hadi buat kacau. lebai hadi tulis surat panjang lebar beserta nas dan dalil tentang campurtangan luar tapi tak usik pun najib dan rosmah yg rompak harta negara. pas dibawah hadi juga nak buat kacau ganggu pilihanraya 3 penjuru. semoga lebai hadi sempat bertaubat.

Anonymous said...

iblis buat kerja iblis.. manusia je yg x buat kerja manusia.. contohnya, demi secebis kuasa demokrasi.. agama pun tergamak digadai..yg jadi mangsa muslim2 sesama sedara.. pecah belah, musuh bermusuh, benci membenci, lebih parah sampai tahap kafir mengkafir dek kerana taksub dan secebis kuasa demokrasi.. walhal ahli politik yg ditaksub pun sama je sume 2x5 hehehe..ko gadai barang kemas bini ko dah la, yg susah pun ko sekeluarga je hehehe, x payah sampai gadai agama la.. pasal kalo ko gadai agama habis semua muslim sesama sedara jadi susah.. tambah2 yg beringus yg baru nak cari agama, keliru pening dia.. sian dia tau.. kejap g demo bersih hukumnya wajib dan dapat pahala jihad, kejap sape yg pergi dia ialah manusia2 yg bodoh, kejap negara islam ada dalam quran, kejap xda, kejap sape kawan ngan kafir dia jadi kafir, kejap dah x jadi kafir dah, kejap sambut maulid tu bidaah, kejap sambut besday sendiri xdahal hehehehe, kejap bercita2 nak musnahkan kilang arak, tapi hasan ali ke longkang
ko campak, kejap hudud tu mesti kena buat, kejap hudud tu hanya 0.0001 peratus je hehehe, kejap umno tu kafir kejap ko tumpang dahan kasih dia hihihi... pening tau yg beringus2 ni..sian dorang.. hehehe..

Anonymous said...

kalo dah hobi ko suka menggadai, ko berlepas diri dari parti yg gadai agama.. pastu besok ko wat hobi baru, gadai barang kemas bini ko.. adagak untung hehe.. betol x? hihihi.. emas mahal tau skrg.. hihihi

Anonymous said...

Kalau PH menang pru14 dan memerintah negara, dimintak pas dan umno jangan nak buat tak tentu hala pulak ye... Duduk diam2 sudah la..

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7742] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 580 JUTA , wassalam.
DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Ptuii...3x

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.