Saturday, May 31, 2014
Generasi Parah: Siang ahli Umno Baru, malam Mat Rempit
Siang ahli Umno Baru, malam Mat Rempit
Mariam Mokhtar - 10:00AM Mei 31 2014
Mariam Mokhtar - 10:00AM Mei 31 2014
SUARA LANTANG: Motif sebenar untuk keganasan berterusan yang dirancang oleh Umno Baru kebiasaannya tersembunyi.
Kebanyakan
dari kita telah dipanggil lebih buruk daripada "celaka". Walau
bagaimana marah pun kita mungkin rasa, kita tidak berkelakuan seperti
samseng, mahu menuntut bela, dengan niat merosakkan harta di Kuala
Lumpur dan Kuantan, kita tidak juga melemahkan demokrasi rapuh kita
dengan menyerbu bangunan DUN Pulau Pinang.
Jika
anda tergolong dalam Umno Baru, anda boleh melanggar undang-undang dan
terlepas dari hukuman. Jika Umno Baru telah dilabelkan sebagai "nakal"
dan bukannya "celaka", mereka masih akan melakukan tindak balas yang
sama.
Berita
yang menunjukkan ketua Pemuda Umno Baru Wilayah Persekutuan, Mohd
Razlan Mohd Rafii yang mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan
mendedahkan ini dengan ketara. Beliau mengeluarkan ancaman dan menuding
jarinya apabila menghadapi seorang wakil DAP dan berkata; "Saya memberi
amaran kepada anda. Jika anda menghina parti dan bangsa kami sekali
lagi, kami akan membakar bangunan ini. Bangunan ini, yang telah
menghasilkan banyak orang bersifat perkauman." Di sekelilingnya, ada
yang melaungkan "Bakar" dan "Bunuh mereka".
Bagi
pemerhati biasa, Razlan adalah pembuli klasik. Wajah Umno Baru. Produk
Ketuanan Melayu. Beberapa anggota polis yang hadir kelihatan benar-benar
tidak berkuasa.
Akhirnya,
semua orang dapt melihat sendiri bagaimana Ketuanan Melayu berfungsi!
Ramai orang Melayu biasa enggan diberitahu bahawa Umno Baru mewakili
mereka. Ini juga merupakan wajah Islam Umno Baru, yang bertujuan untuk
memusnahkan harta dan mewujudkan huru-hara.
Adakah
Umno Baru mengharapkan orang Melayu kebanyakan bangga dengan Razlan
yang ibarat samseng dan gerombolannya? Ia semua bergantung kepada sudut
pandangan mereka. Segelintir akan menganggap bahawa Razlan adalah
pejuang; mempertahankan parti dan bangsanya. Orang waras menganggap
bahawa Razlan hanya samseng yang mencari perhatian.
Razlan
menggunakan kemarahannya untuk menakut-nakutkan. Ini adalah bagaimana
Umno Baru mengajarnya untuk bertindak; untuk merebut apa yang dia mahu,
untuk menjadi sekasar yang mungkin kerana dia Melayu, dan oleh itu, dia
berhak berkelakuan agresif.
Razlan
dan ahli-ahli Pemuda Umno Baru mungkin tidak tahu bagaimana untuk
melibatkan pihak lain melalui wacana bijak. Mereka tidak tahu bagaimana
untuk berkompromi. Mereka tidak sensitif dengan keperluan orang lain.
Ahli-ahli Umno Baru hanya memahami bahasa pembuli.
Sebuah
analogi yang boleh digunakan adalah seorang anak yang melihat ayahnya
memukul ibunya, dan apabila dia membesar, hanya tahu berkomunikasi
dengan tangannya. Oleh yang demikian, dia melayan isterinya sama seperti
bapanya melayan ibunya.
Yang
lucunya, percubaan Razlan untuk membuktikan bahawa Umno Baru bukan
sebuah parti yang ganas mahupun bersifat perkauman bergantung kepada
janji keganasan dan ancaman.
Januari
lalu, dalam sebuah demonstrasi Umno Baru, pemimpinnya mengibarkan
sepanduk yang bertulis, "Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 berlaku
... Nak lagi?"
Perbuatan
provokasi ini baru-baru ini dikutuk oleh ADUN Seri Delima parti DAP,
RSN Rayer yang menyifatkan penunjuk perasaan ini sebagai "Umno celaka".
Sebagai tindak balas, Umno Baru menunjukkan penghinaan mereka terhadap
DUN dan menyerbu Dewan Undangan Pulau Pinang, menuntut untuk berjumpa
Rayer. Di Kuala Lumpur, Razlan mengancam untuk membakar ibu pejabat
DAP.
Perbuatan
ini menunjukkan demokrasi "gaya Umno Baru". Orang Melayu biasa yang
menyaksikan atau membaca tentang kejadian ini telah menjauhkan diri
mereka dari samseng "Umno Baru". Berikut adalah maklum balas daripada
beberapa orang Melayu.
Seorang
profesional IT dalam lingkungan tiga puluhan yang bekerja di KL
berkata, "Adakah anda pasti Razlan adalah seorang pemimpin belia?
Menjeritkan perintah, meracau, menjerit, dengan kecenderungan untuk
meletup disebabkan provokasi yang sedikit. Dia tidak mempunyai kualiti
kepimpinan."
Seorang
suri rumah Melayu pertengahan umur berkata, "Mat Rempit di malam hari;
tetapi ahli politik 'samseng' Umno Baru di siang hari."
Seorang
akauntan yang telah bekerja dengan sebuah syarikat multinasional asing
selama 30 tahun memberikan penilaian yang suram, "Anda boleh ucap
selamat tinggal kepada pelaburan asing dengan adanya orang-orang seperti
Razlan."
Reaksi
Umno Baru adalah ketakutan. Samseng Umno Baru tidak membalas kenyataan
"celaka". Mereka hanya menggunakan perkataan yang menghina itu untuk
menipu rakyat. Mereka mewujudkan suasana ketakutan, bagi memanipulasi
dan mengawal orang ramai.
Rasa
tidak selamat Umno Baru adalah disebabkan Dyana Sofya Mohd Daud, muka
baru Malaysia yang berbilang kaum. Dengan Dyana dalam DAP, parti itu
akan kelihatan lebih menarik kepada belia Malaysia, yang kebanyakannya
bercita-cita untuk menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, dan
bukannya berpandangan sempit dan konservatif seperti Umno Baru.
Walaupun
faktor Dyana adalah kritikal, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
telah gagal untuk memahami bahawa terdapatnya kuasa-kuasa yang sedang
melemahkan pemerintahannya bagi mengeluarkannya. Negara sedang
memerhatikan telatah Pemuda Umno Baru, tetapi jika keadaan tidak
terkawal, rakyat dan Najib yang akan rugi.
Sebuah
lagi perkara melucukan ialah Umno Baru adalah ancaman terbesar kepada
negara ini. Ia adalah musuh dalam selimut. Dalam musuh inilah
terletaknya ancaman terbesar kepada Najib.
Empat
puluh lima tahun yang lalu, ahli-ahli politik di luar kawalan merancang
rusuhan kaum yang menandakan berakhirnya demokrasi di Malaysia.
Apa
yang kita lakukan, kita akan terima di lain hari. Hari ini, Najib akan
merasai ubat yang sama kecuali beliau memimpin dan menghentikan samseng
Umno Baru beliau. Ini semua bergantung kepada legasi yang Najib mahu
tinggalkan.
Mariam Mokhtar adalah seorang rakyat Malaysia yang berani bercakap benar.
2 orang berkata:
Syabas, semuga ramai lagi yang berani memberi info ssperti ini!!!
UMNO memang CELAKA..
Dulu, kini dan selamanya...
Haram Jadah ounya UMNO..
Melayu kepala hotak tok nek hang..
UMNO tu dlm bahasa apa? Bahasa melayu kepala bapak mak hang oa kaa?
Kalau United Malay National Organization tu dlm bahasa.melayu.. mmg satu parti Melayu sbb memoerkasa bhasa melayu.. ni dlm english.. butuh melayu apa yg UMNO punya puak...CELAKA UMNO
Post a Comment