Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TELINGA BELOM PANAS KOT !

Tuesday, May 27, 2014

Sabbar...Din: Panas Benar Nampaknya!

Aku nak tanya satu jer....
Di mana SPRM?
Ini kes profil tinggi....takkan hilang telor kot?

Penyelesaian pinjaman Deepak belakangi keputusan lembaga pengarah, kata Sabbaruddin Chik
OLEH MD IZWAN
MAY 27, 2014
LATEST UPDATE: MAY 27, 2014 04:26 PM
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata keputusan memberikan penyelesaian pinjaman menerusi cek 'post-dated' kepada VIP ditolak oleh lembaga pengarah sebelum campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut. – Gambar fail.

Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik menjelaskan keputusan memberikan penyelesaian pinjaman menerusi cek "post-dated" kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang didedahkan semalam membelakangi keputusan awal yang dibuat oleh lembaga pengarah.
Sabbaruddin berkata pada awalnya lembaga pengarah menolak cadangan tersebut tetapi kemudiaannya terpaksa akur susulan campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut.
"Cuma saya hendak terangkan sekali lagi, yang tidak bersetuju itu bukan saya tapi yang tidak bersetuju adalah keputusan keseluruhan oleh lembaga pengarah, bukan saya tidak bersetuju," kata Sabbaruddin kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam mesyuarat itu, lembaga pengarah sebulat suara menolak kaedah penyelesaian mudah kepada Deepak.Menurut Sabbarudin, lembaga pengarah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai hutang yang belum dilangsaikan oleh Deepak.
"Mereka (Bank Rakyat) kena jelaskan, bagaimana fungsi kaedah sedemikian kerana si penghutang membayar jumlah yang dipinjamnya sama dengan jumlah asalnya yang dipinjam," katanya.
Dalam pendedahan The Malaysian Insider semalam, Sabbaruddin mendakwa Deepak diberikan kelonggaran menyelesaikan baki hutangnya bernilai RM32 juta menerusi 120 keping cek "post-dated" untuk tempoh 10 tahun.
"Kalau bayar 120 post-dated cek selama 10 tahun, belum pernah ada individu berhutang buat sedemikian," kata Sabbaruddin.
Kaedah pembayaran cek "post-dated" bermakna bank hanya boleh menunaikan cek tersebut pada tarikh yang tertulis di atas cek dan wang akan ditolak daripada akaun penghutang.
Semalam, Sabbaruddin mendedahkan Deepak menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Sabaruddin mendedahkan Deepak bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.
Malah, beliau juga mendakwa kontraknya tidak disambung berpunca daripada keengganan memberikan kaedah penyelesaian mudah pada awalnya.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan semalam tidak menafikan mengenai dakwaan bekas pengerusinya tersebut, tetapi menegaskan mereka tidak mengenakan faedah kepada pelanggan memandangkan mereka menggunakan sistem perbankan Islam.
Dalam pada itu, Bank Rakyat juga menafikan menamatkan kontrak Sabbaruddin sebaliknya menjelaskan khidmatnya tidak disambung kerana kontrak luput.
Deepak pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.

Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd, dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 27 Mei, 2014.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.