June 18, 2014
3 Alhamdulillah ... Berpusu-Pusu Ahli UMNO Dan PAS Hadir Untuk Melawat Mantan Timbalan Menteri Di Rumah Orang Tua
Alhamdulillah. Pendedahan yang dibuat CTS semalam memberi sedikit impak
walaupun tidak banyak. Artikel yang memuatkan kisah sedih seorang Mantan
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga bekas Naib Ketua
Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman, yang dilaporkan
kini telah ditempatkan di rumah orang-orang tua, mendapat hits yang
begitu tinggi daripada pembaca. Ini ditambah lagi apabila seorang
blogger pembangkang, Omakkau telah membuat saduran artikel berkenaan di sini, sehingga menjadikan berita itu tersebar luas.
Pagi tadi diberitakan Ahli Lajnah Kebajikan PAS Selangor yang diketuai
oleh Mariam A Rashid tidak dibenarkan masuk untuk menziarah bekas
pemimpin Wanita UMNO berkenaan oleh pengendali rumah orang-orang tua,
Dementia Homecare Centre Sdn Bhd di Teluk Panglima Garang. Lebih
ironinya, ketika kunjungan, ahli-ahli PAS berkenaan terserempak dengan
sekumpulan Wanita UMNO Kuala Langat di luar pagar Dementia Homecare.
Kita berharap kunjungan kedua-dua belah pihak tidak bermotifkan
keuntungan politik, sebaliknya sebagai melahirkan rasa ingatan dan
penghargaan kepada seseorang yang pernah berjasa kepada Negara.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/06/alhamdulillah-berpusu-pusu-ahli-umno.html#7dYvuSaZUHPIhxs5.99
1 orang berkata:
Dia x da anak ke nak jaga. Kenapa dihantar di rmh org tua.
Post a Comment